Puasa Si Miskin. Kali ini saya nak kongsikan sebuah cerita. Satu kisah untuk kita semua yang masih lagi mampu dok makan sup ekor .... sedangkan sup daging ada ....huhhuhuh... satu kisah untuk kita yang masih lagi mampu makan KFC dan Mc Donalds di waktu pagi walaupun di rumah ada nasi malam tadi yang boleh digoreng buat nasi goreng ikan masin.

Puasa Si Miskin

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang, dimana rumah berkenaan berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa, di serambi rumah berkenaan terdapat beberapa orang anak kecil yang nampaknya lesu dan letih.

Lalu aku menghampiri rumah berkenaan dan bertanya kepada kanak- kanak berkenaan, lalu keluar si kakaknya yang agak-agak berumur dalam lingkungan 11tahun. Aku bertanya " mana emak? "

Lalu dijawab budak itu emak pergi menoreh, dan mana bapa, dia mengatakan bapanya pergi kerja. Habis adik yang kecil ini duduk dengan siapa, disitu terdapat seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.

"Adik ini duduk dengan sayalah" cakap budak berkenaan.

Saya bertanya lagi berapa orang adek-beradek, lantas dijawab oleh budak itu "sepuluh", dan adik ni yang ke berapa , "saya yang kelapan ". Mana abang abang kamu pergi, dia memberi tahu pergi menolong emak menoreh.
[Baca] Kisah Malaikat Bersama 3 Orang Cacat
"Adik puasa hari ini?" , dijawab pula budak berkenaan , "sama saja pakcik puasa atau tidak sebab kami hanyak makan 1 kali sehari". Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu, lalu aku bertanya lagi adik bersekolah dimana", saya tidak bersekolah sebab ibubapa saya tidak mampu". Bapa kerja apa? ,"tangkap ikan disungai untuk dijadikan lauk untuk berbuka puasa ".

Budak berkenaan memberi tahu saya lagi, lebih baik bulan puasa dari bulan lain kerana pada bulan berkenaan saya dapat merasakan kuih, sebab selalu sahaja orang hantar.

Memandangkan keadaan berkenaan, aku meninggalkan keluarga berkenaan,kebetulan disimpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan, aku membeli satu kilo tulang lembu dan rempah sup serta 10 kg beras untuk disedekahkan kepada keluarga berkenaan.

Bila saja aku beri segalanya kepada keluarga berkenaan, kanak kanak berkenaan melompat kegembiraan dengan kata "yeh yeh kita dapat makan daging malam ni". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang pula saya dapat makan daging lembu.
[Panduan] Inilah Rahsia Untuk Tarik Rezeki Perlu Pratikkan
Seminggu kemudian aku datang lagi kerumah berkenaan, apabila anak-anak dirumah melihat aku datang, mereka menyambut dipintu rumah lagi, kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu beliau. Sungguh menyedihkan cerita yg kudapati... ... ..Anak yang berumur 4 tahun memberitahu aku, yang sudah seminggu dia makan sup tulang yang aku berikan haritu, tiap tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik, budak berumur 4 tahun itu memberitahu aku. Aku bertanya kepada emaknya macamana dia buat, hari mula-mula tu kita rebus tulang berkenaan, dia memberitahu anak-anak jangan buang tulang yang di makan berkenaan.

Lalu beliau mengutip kesemua tulang yang telah dimakan tadi dan direbus semula untuk malam keesokannya, bagitulah setiap hari, katanya tak boleh makan isi, boleh akan air rebusan tulang itu sudah memadai bagi anak-anaknya.

Aku bertanya lagi upah menoreh berapa makcik dapat, cuma RM3.00 sehari dan ayahnya berkerja macamana, kalau dapat ikan dijadikan lauk untuk dimakan setiap hari.

Cukup sedih memikirkannya. Berpeluangkah kita merasa air rebusan sup tulang sahaja sepanjang hayat kita? Atau kita buangkan saja isinya semata- mata kerana TAK SEDAP?

Mudah-mudahan menjadi tauladan bagi kita dan hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada kita. Hidup kita mungkin susah, tetapi hidup orang lain mungkin lebih lagi.


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement