As-Salam.
Ramai yang mungkin tak menyedari bahawa saiz sesebuah blog akan mempengaruhi secara tidak langsung kedatangan trafik ke blog. Saiz blog yang terlalu besar akan menyebabkan blog akan muncul agak lambat dan lembab - bergantung kepada kelajuan capaian internet dan juga jumlah memori peranti. Bila lambat, sangat mudah pengunjung untuk klik pangkah.

Antara penyebab saiz blog itu menjadi besar ialah kehadiran gambar-gambar yang bersaiz besar dan di dalam format yang tidak sesuai. Format gambar seperti *.gif, *.tif atau *.png yang besar akan menyebabkan pertambahan saiz blog yang tidak perlu. 

Satu lagi ialah kerana penulisan format blog itu sendiri yang banyak menulis kod berleret seperti javascript. Kod-kod yang terlalu panjang akan menyebabkan sistem gelintaran memori atau capaian pelayar internet ambil masa untuk menterjemahkan satu persatu baris kod yang ada dalam html blog anda.

Dan antara cara untuk meringankan blog adalah dengan membuat pautan luar, terutama untuk javascript. Kita sering nampak kod berikut: 

<script type="text/javascript" src="http://yourjavascript.com/06221611241/codejquery-1.2.6.min.js"></script>
Itu menunjukkan bahawa blog anda sedang mencapai script ini dari luar, dan menjadikan saiz template blog anda kecil kerana tiada penulisan kod html bagi kod itu.

Seandainya anda menggunakan banyak javascript dalam template blog (menerusi penulisan html) maka eloklah kod-kod tersebut diletakkan dalam satu fail dan dimuat-naik di mana-mana laman web yang menyediakan khidmat hosting script seperti di atas.

Tetapi terdapat masalah juga dengan cara ini, di mana sedikit sebanyak akan mengganggu proses memuatkan blog anda walaupun saiz blog anda kecil, iaitu kebolehan untuk mencapai script tersebut di hosting; yang sering digunakan untuk widget-widget di blog.

Pilihan adalah pada anda. Uji kemampuan loading blog anda, dan cuba aplikasikan perubahan di atas.


 

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. errrr... blog ary byk gambar..
    Tapi rasanya okie kot loadingnya..
    Boleh abg HH bagi pendapat pada blog tentang kekemasan, saiz, dan etc..
    Itupun kalau abg HH sudi^^
    Since ary pun masih baru dlm dunia blogging^^

    ReplyDelete
  2. Ade web yang sediakan service untuk check loading speed sesuatu blog tu..sy pernah post dalam entry blog sy..sudi la kirenye jenguk kalo nak check loading speed blog korang.

    Boleh refer entry ni "Blog Speed Test"

    ReplyDelete
  3. @ary_lee Hmm susah nak beri komen pasal blog orang lain, lebih suka berikan panduan je, sapa nak ikut, boleh ikut, sapa tak mo, tak mengapa.... ada beberapa panduan, yang mungkin dah tak relevan lagi, cubalah gelintar blog HH ... ada banyak panduan blogging ni

    ReplyDelete
  4. @Hafiz Rahim Hmm HH pun dah buat beberapa posting dan berikan beberapa link untuk check loading blog.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement