As-Salam.
Setelah beberapa hari memikirkan hala tuju blog ini, HH berpendapat, blog ini perlu diberikan matlamat khusus dalam penyampaiannya. 

Mungkin sejajar dengan penampilan blog ini yang sudah melebihi 2 juta paparan (pageviews), maka satu perubahan gaya dan isi kandungan yang lebih tertumpu (niche) diperlukan agar mendapat tempat tertentu di dalam dunia blog Malaysia.

HH pernah katakan dalam beberapa panduan menulis blog, bahawa pendekatan bertumpu ini akan menjadikan blog itu lebih profesional (erkkk) dan membuatkan ia lebih relevan dengan enjin carian dan mereka yang mencari maklumat.

Bukan apa, takut nanti ada yang tersesat jalan mengatakan bahawa blog ini merupakan blog gossip atau blog bergambar mengenai selebriti. Juga bukan blog menjual stiker kereta atau blog bisnes.

Kali ini, HH ingin memastikan bahawa blog ini memaparkan apa yang relevan dalam dunia blog Malaysia - Widget untuk blog, panduan menulis blog, gajet untuk blogger, isu dalam dunia blog tanahair dan berita-berita yang ada kaitan dengan dunia blog Malaysia, samada dalam arus perdana mahupun yang bukan dalam mainstream.

Moga anda akan sentiasa memberikan sokongan kepada blog ini.

Terima kasih.

*p.s: Maaf kerana sering dok kelirukan kunjungan kawan-kawan dan rakan blogger lain.

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. halatuju tu yg susah nak maintain
    byk sgt isu nk sebarkan hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...tahniah...walaupun Kancil dah kurang komen di sini namun setia dengan blog HH

    ReplyDelete
  3. Bagus jgk fokus pada satu2 niche tu tp xslh kalau skali skala lari.dr tajuk sikit takut org boring....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement