As-Salam.
Apabila ia telah menjadi satu sejarah, apatah lagi ia telah mengundang perhatian banyak pihak, apa jua yang ada kaitan dengan sejarah itu menjadi satu artifak yang sangat bernilai. Terbaru, adalah artifak dan peninggalan kapal Titanic.

Tiket dan senarai menu makanan malam untuk pelanggan kapal Titanic telah berjaya dilelong dengan harga yang cukup tinggi.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama barang peninggalan seperti tiket dan juga senarai menu dilelong, ia pernah dilelong sebelum ini, terutama oleh mereka yang terselamat dan masih lagi menyimpan tiket Titanic tersebut.


Tiket Kapal Titanic Dilelong

NEW YORK - Firma Bonham di sini melelong sekeping tiket kapal penumpang Titanic yang karam pada 15 April 1912.

Lelongan itu dibuat kelmarin sempena ulang tahun ke-100 kapal Titanic karam di Lautan Atlantik selepas ia melanggar sebuah bongkah ais.

Tiket bersejarah itu dilelong pada harga AS$56,250 (RM172,237) termasuk harga premium yang dikenakan firma lelongan tersebut.

Menu makanan malam untuk pelanggan kapal malam itu turut dilelong pada harga AS$31,250 (RM95,687) termasuk harga premium.

Tiket dan menu itu dibeli oleh pembeli dari Amerika Syarikat.- Agensi 

Foto Menu Titanic


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement