As-Salam.
Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal akan menjadikan blogger-blogger di Malaysia lebih bertanggungjawab dengan apa yang mereka terbitkan, paparkan, dan komen menerusi blog. Itulah pendapat sesetengah blogger berkaitan akta ini.
Anda mungkin tak berapa 'alert' tapi ketahui bahawa mulai 1 Jun 2012, blogger serta penyedia khidmat informasi dalam talian mahupun pemilik peranti akan dipertanggungjawabkan seandainya melanggar Akta Keterangan (Pindaan) 2012 ini.
Menurut blog Amanz:
Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.
Untuk memahami apakah yang ada dalam Akta tersebut; anda boleh muat turun akta: Muat Turun Akta Keterangan (Pindaan) 2012
Untuk bacaan dan komen mengenainya, boleh singgah ke blog Amanz: KLIK SINI.
Bagus juga..
ReplyDeleteAt least blogger akan lebih berhati-hati dalam penulisan dan penjayaan sebuah blog.
bagus ni HH ..amat bagus pindaan ni.. :D
ReplyDeletesemua orang akan berhati-hati lepas ini..
ReplyDeletePokCik amat menyokong akta ini. Lepas ini semua blogger akan lebih bertanggungjawab dan berdedikasi
ReplyDelete:)
ReplyDeleteSaya kurang bersetuju, macam kena 'control' oleh pemerintah sahaja. haha
untuk orang yang bercakap sedap mulut tanpa bukti mungkin akan rasa tak selesa..bagi saya, akta ni bagus..jadi kan orang lebih bertanggungjawab..takde la ibarat..dah berak tepi jalan, tapi taknak ngaku.
ReplyDeleterasa berdebar la pulak...entah....
ReplyDeletemcm tu pla
ReplyDeleteada kebaikan dan keburukan dia rasanya..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.