As-Salam.
Buat blog sememangnya mudah, dalam masa beberapa minit je, sesiapa yang punyai capaian internet dah boleh ada blog sendiri. Daftar seminit dua, tekan sana, tekan sini, dan tulis sikit-sikit atau copy-paste mana-mana entri blog orang lain, dan terbitkan ... walla .... dah siap.
Bila ada blog, tentulah digelar blogger. Dah dapat gelaran baru, tugas baru.
Melihatkan buat blog itu mudah, tapi ia tidak semudah untuk terus menghidupkan blog. Blog yang terus-terusan ada entri baru, terus-terusan sentiasa diklik oleh orang dalam alam maya untuk dibaca memang perlukan kreativiti, idea dan kerja keras.
Cumanya, andai blog itu dibuat untuk kepuasan diri sendiri, sebagai satu momento kehidupan yang ingin dilakarkan di dalam dunia maya; mungkin anda tidak perlu risaukan soal blog update atau tidak. Tidak perlu memikirkan soal trafik, soal ada pengikut atau tidak.
Namun, tak semua yang mempunyai blog ada niat sebegitu. Ramainya buat blog kerana mereka merasakan blog itu merupakan sumber pendapatan sampingan yang boleh dijana - ya, itulah kepercayaan banyak pihak; hatta buat mereka yang tidak punyai blog sekalipun.
Sayang sekali, apabila HH menggelintar dunia blogger Malaysia, blogwalking sana sini, intip blog itu dan blog ini, ada blog yang dah rupa hidup segan ..... tapi tak mahu-mahu ditutup. Diselidiki, entri terakhir ....nunnnn ..... awal bulan Januari tahun 2010 ... erkkk ...
hehehe, kesian
ReplyDeletedusssh! kena batang hidung saya :(
ReplyDeletentahlah.. mood blogging dah ke laut :(
mungkin pemilik tu dah meninggal dunia..mana kita dok!!
ReplyDeleteidea tak mari..tu yang dia suka copy paste...nak ceduk idea sendiri payah nak fikir sampai pecah kepala...hehehe
ReplyDeletehaha.aduhh..dia lupe password tuh.xleh bukak2
ReplyDeletemgkin sebab da x ada idea nak buat dan perasaan malas..kadang-kadang sy pon jarang update sebab malas walaupon ada idea...huu~
ReplyDeletesatu kepuasan bila berblog...Kancil ndak pasti yang mana satu kategori kancil nie...apapun...selagi ada mereka bergelar blogger selagi itu kancil masih aktif (cewah)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.