As-Salam.
Masing-masing punya blog, masing-masing ada kaedah dan cara penyampaian yang sendiri. Bagi HH, penggunaan kata ganti diri AKU ni tiada masalah pun dalam blog. Malah, di awal-awal blog wujud pun, ramai pengguna blog gunakan kata ganti diri AKU ni sebab ia menampakkan bahawa blog itu adalah sebuah blog peribadi dan kemungkinan ramai pembaca-pembaca blog adalah di kalangan mereka yang mengenali secara realiti pemilik blog.
Kemudian, ramai mula membuat blog yang lebih bersifat informatif, blog yang lebih nampak berilmu dan berpengetahuan. Kebanyakkan isinya tidak lagi bersifat peribadi. Dan kali ini, pembacanya mungkin dari pelbagai peringkat umur. Jadinya kesesuaian penggunaan AKU tu dah tak sesuai lagi.
Macam kita seharian la, takkan nak cakap aku pada jiran sebelah yang baru kita kenal 7 hari. Lainlah pada jiran kita yang selama ini kita kenal sejak kecil lagi. Intim dan mesra itu ada tempat, dan ada adab. Gitu jugalah dengan penggunaan aku dan saya atau kami atau kata ganti diri yang lain.
Kena faham akan kesesuaian isi kandungan blog dan cara anda nak menyampaikan.
Kadangkala, bila kita tak biasa gunakan AKU, ia dianggap agak kasar dan keras.
Setuju! Saya lebih selesa guna kata ganti diri 'saya' walaupun saya tulis pasal benda2 personal... kalau orang yg kenal saya betoi2,bila depa letak komen, baru saya reply pakai 'aku' yg saya selalu guna waktu biasa2...
ReplyDeleteikut kesesuaian & suka hati masing2... kalau pembaca senang je, tak ada masalah kan :)
betul.. ikut kesesuaian.. adakalanya tak sesuai menggunakan perkataan aku sedangkan orang tu jauh lebih tua dari kita.. ;)
ReplyDeletegunakan jer bahasa yg elok instead of AKU, tu jalan paling selamat :-)
ReplyDeletekalau akak lebih suka guna ganti nama 'akak' jer...rasanya lebih dekat dan mesra...tapi next blog akak mungkin nak guna singkatan huruf macam HH pulak ..boleh kan?
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.