As-Salam.
Jampi untuk meningkatkan trafik blog? Uhh wujud ke? Hahahaa... setahu HH belum lagi ada, tapi kemungkinan akan ada .... itupun jika ada ilmu mengenainya dipelajari dan diilhamkan.
Guna jampi untuk melariskan blog? Memang agak kelakar, tetapi ia tidak mustahil. Dunia hiburan pun ada jampi-jampinya. Mungkin nanti, akan ada jampi pelaris blog, atau jampi naikkan ranking blog yang dibuat oleh mereka yang memang gila nak naik cara begitu.
Ini sekadar pandangan, dan mungkin sekadar untuk renungan, bahawa manusia dalam apa jua situasi, dalam apa jua bidang, dalam apa sahaja yang mereka buat, seandainya mereka memilih jalan mudah, mereka sanggup lakukan apa sahaja. Dan perkara itu mungkin juga dilarang dalam agama dan budaya.
Setakat ini, HH belum ketemui jalan lebih baik untuk melariskan blog, menaikkan rankin blog selain daripada berusaha keras mempromosinya. Promosi bukan sekadar di kalangan bloggers, tetapi juga di kalangan orang yang tiada blog. Ramai yang suka mencari informasi, maka berikan mereka informasi dan promosikan blog anda.
haha, nak kata kelakar tak juga post ni.. namum menarik la bila Don baca
ReplyDelete:) Salam
ReplyDeleteTurunkanla mentera nya..
Apa agak pengerasnya yer HH
ni nak kena asap-asapkan blog dulu ke?.. kah3... XD
ReplyDeleteKalau ada jampi serapah dalam melariskan blog pun, tak usahlah ikut jampi-menjampi.Tak baik!
ReplyDeletekalau ada jampi yang melariskan blogkan senang......hehehehehe...tapi hakikatnya usaha tangga kejayaan...tu adalah jampi yang terbaik...betul tak
ReplyDeleteOwh.Boleh cuba ni . Asap asap sila berasap kunyit beras . Haha
ReplyDeletesalam alaik
ReplyDeletekena rajin blogwalking++ ilmu yg bro HH pernah cakap.. ;D
berjaya dalam blog bergantung kepada blogger tersebut..bagus penyampaiannya, bagus juga blog nya...peace
ReplyDeletehehe..macam2 ye..mne tau berkesan kan..
ReplyDeletehebat hebat.. siapa berusaha dia berjaya... :)
ReplyDeleteada ke?
ReplyDeletela..baru ingat nak bawak ayam golek dengan pulut kuning utk 'pengeras' nak menuntut jampi nye..hehe
ReplyDeletehahahaa .. hehehee.. mana leh, syirik kot
DeleteBerusaha terus maju
ReplyDeletehahaha... nak tergelak baca tajuk.... terkejut jugak bila nak lariskan blog sampai kena jampi2...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.