Apa yang berlaku apabila suatu hari kelak, tanpa diduga, tanpa bersedia, anda, sebagai seorang blogger, menemui ajal? Menemui ajal ...mungkin agak keterlaluan, tetapi realitinya, tiada siapa pun dapat menyangkal bahawa qada' dan qadar Tuhan itu telah ditetapkan sejak azali lagi.

Adakah anda sebagai blogger bersedia ke arah itu? Bagaimana dengan blog anda ini setelah anda tiada lagi di dunia fana ini?

Matinya Seorang Blogger

Sudah ketahuan akan satu hari nanti akan tiba saat itu, apakah yang telah anda rancangkan? Adakah blog anda akan ditutup? Atau mungkin blog anda dibiarkan 'menyendiri' di alam siber ini? Atau mungkin anda wasiatkan kepada mereka yang lain?

Apapun, setiap baik buruk yang ada dalam blog anda akan juga memberi kesan kepada anda, hatta anda tiada lagi di depan komputer. Ingatlah janji Tuhan yang telah termaktub, menerusi Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

"Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali tiga iaitu, anak soleh yang mendoakan untuknya, ilmu yang dimanfaatkan dan sedekah amal jariah yang ditinggalkan."

Dan blog sebagai salah satu medium atau perkara yang anda tinggalkan, di mana letaknya ia dalam ketiga kategori di atas? Anak soleh? Ilmu Dimanfaatkan? Sedekah amal jariah?

Blog boleh melakukan 2 perkara yang disebutkan, cuma anda sebagai blogger yang boleh menjadikan ia seperti itu. Fikirlah.

14 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. uihh ...betul tu ..dan macam mana pulak kalau sekiranya, blogger itu tiba-tiba meninggal, dan tak sempat nak kasi password blog, advertisers, domain dan macam-2 lagi ..huuuu ...terpk jugak HH buat entri macam gini ..thx HH

    ReplyDelete
  2. pernah terjadi pada seorang blogger.. dan tak mustahil akan terjadi juga kepada kita..

    ReplyDelete
  3. @SP (spudinpunya) Maka buatlah satu surat wasiat online .... satu password, dan dalam tu terkandung segala rahsia yang ada.

    ReplyDelete
  4. apa tujuan berblog..adakah kerana kejar duniawi semata atau untuk memberi 'lesson learnt' kepada masyarakat.kadangkala kita berasa syiok dan riak indirectly walau tidak berniat.

    ReplyDelete
  5. satu peringatan yg amat baik..TQ HH

    ReplyDelete
  6. Mati itu pasti.. sbb itu kehidupan ini perlu dipenuhi dengan keberkatan.

    ReplyDelete
  7. Setiap yang hidup pasti akan mati

    ReplyDelete
  8. huhu.nak buat wasiat nih,semua password email segala bagai letak!

    ReplyDelete
  9. uhuuuu... insaf kejap. nway, assalamualaikum. sy blogger baru singgah sini cari ilmu...=)


    meh la ke blog saya kat http://streetneon.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. saya pun ade terfikirkannye... kalo boleh tinggalkn yg baik2 jer di blog supaya kita ade saham bila dh meninggal. tp kalo seandainya ade kawan2 yg masih hidup dan ada komitmen boleh sambung dan teruskan perjuangan blog tu, rasenye baik juga.. segala yg baik tu, akan bolehkan kita dpt pahala berterusan.

    teringat pula..tu la yg jadi kpd blog telordibasuh.blogspot.com. penulis asalnye dh meninggal tahun lepas, skrg ni blog dia dh diambil alih oleh seorg kenalan baiknya..

    ReplyDelete
  11. peringatan yang bagus...blog untuk perkongsian ilmu...makin banyak ilmu digunakan orang lain makin besar pahalanya...samalah seperti seorang guru memberi ilmu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement