As-Salam. Apabila anda membuat blog, perkara pertama yang akan anda putuskan untuk blog anda ialah, bagaimana rupa bentuk blog tersebut? Dan dalam memikirkan bentuk blog anda, cirian berapa jumlah kolum mesti dititik-beratkan.
2 Kolum atau 3 Kolum, Mana Satu Jadi Pilihan?
Jumlah kolum mesti bersesuaian dengan tema atau niche blog anda. Seandainya blog anda merupakan blog peribadi, memadai dengan punyai maksimum 2 kolum, iaitu kolum utama untuk entri-entri blog dan kolum kedua untuk widget blog.
Berbeza dengan blog yang paparkan informasi, widget perlu ada lebih daripada 2, supaya isi kandungan lebih meriah - atau dengan kata lain diperkayakan dengan maklumat. Maklumat dan info ini diletakkan secara berkategori agar mudah pengunjung dan pembaca informasi yang terkandung di dalam blog -sesuai dengan tema blog anda.
Blog peribadi bersifat santai, maka tak perlu nampak sempit, kerana ianya akan merimaskan pembaca.
Blog informatif perlu ada kolum yang banyak, tetapi tidak perlu lebih daripada 3 kerana akan menyebabkan blog lambat untuk loading.
Pastikan susun atur widget dan perkara-perkara yang dimasukkan di kolum berkenaan teratur dan dalam rona susun atur yang kemas.
Kolum-kolum ini selalunya diletakkan di sebelah kanan, kerana ramai pengguna internet menggunakan tangan kanan untuk memegang tetikus bagi klik sesuatu. Ia agak mengelirukan jika kolum2 diletakkan di sebelah bertentangan, kecualilah andai pengunjung blog anda ramai yang bertangan kidal!
Kolum entri perlu menjadi paparan utama, makanya saiznya perlu lebih dominan daripada yang lain.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.