As-Salam.
Sekadar pendapat yang ingin HH kongsikan dalam dunia blogger Malaysia.
Boleh copy-paste jika;
- Tidak digunakan untuk aibkan orang lain.
- Tidak digunakan untuk tujuan komersil dan mengaut keuntungan peribadi sebelah pihak.
- Tidak dijadikan asas untuk sesuatu perkara yang belum terbukti benar.
- Bukan bertujuan untuk sebarkan fitnah.
- Diberikan kredit yang sepatutnya kepada pemilik dan penulis asal artikel tersebut.
- Pengolahan tersendiri dengan bertujuaan untuk mencantikkan lagi artikel asal tanpa menukar isi kandungannya.
- Tiada dilakukan sebarang perubahan atau pindaan sehingga mengelirukan pembaca dan menyalahkan sumber kerana kesilapan itu.
Ini adalah pendapat HH berdasarkan pengalaman berblog sejak sekian lama, 2008 lagi di mana ketika itu, soal copy-paste bukanlah soal besar malah digalakkan ketika itu untuk pengisian di dalam blog-blog terutama blog berkaitan perniagaan dan juga berkaitan pemasaran.
Ia juga berdasarkan pengalaman HH dalam bidang penulisan jurnal akademik dan penulisan dokumen penyelidikan semasa bertugas sebagai pengawai penyelidik dengan USM.
Mungkin ada yang tidak bersetuju, HH faham dan akui, bahawa harta intelek seseorang patut dilindungi dan tidak disalah guna dek kerana copy paste ini.
wah, peringatan dan nasihat yang baik. terima kasih HH
ReplyDeletebagus ini.......
ReplyDeletesetuju..
ReplyDeletesetuju sangat
ReplyDeletewah power jgk job HH sblum ni..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.