As-Salam.
Dalam mana-mana bentuk komuniti, samada rukun tetangga, bekas kawan satu sekolah, rakan tempat kerja lama, komuniti batch PLKN, komuniti futsal .... semua-semuanya, paling tidak, pasti akan buat perjumpaan atau reunion. Kenapa? Sebab ingin menjaga perhubungan dan 'network' yang sudah terbentuk. Begitulah juga dengan teman dan rakan blogger anda!

Andai ada kelapangan, tiada kesusahan, bukan menjadi aral, tiada salah jika dapat anda bertemu dan berkumpul sesama rakan blogger. Boleh je dibuat, daripada tegur sapa di dalam blog dan komuniti blogger di laman sosial, anda lepak-lepak di kedai kopi sambil bawa duit sendiri, pekena teh tarik dengan roti prata, boleh juga kongsi pendapat dan tips tentang blog.


Erkk... takkan citer blog je tak sudah kan? Boleh je kenali sesama blogger lebih rapat dengan cerita hal lain. Tentu anda akan ada persamaan yang boleh dikongsi dan dijadikan kekuatan sesama sendiri di dalam dunia blog. Contohnya macam Nisa Kay, Rina Salleh, Irene Nadia Marcello, Fatin Suhana (gambar atas) ..... hehehehe...

Best jumpa kawan-kawan .... lagi2 yang memang tak lokek dengan cerita, yang tak segan nak berkongsi pengetahuan. Bukan tu je, leh gak buat aktiviti bersama yang menyihatkan, macam kumpul2 gi berkelah ke, nangkap gambo ke ....


HH teringin nak jumpa kawan-kawan blogger yang selalu support, tapi disebabkan lokaliti yang berada jauh dari blogger-blogger lain, memang tak kesampaian lagi.

InsyaAllah, tunggulah hujung bulan ini, HH akan berada di Shah Alam, buat ceramah teman isteri kat sana .. 

Rangkaian atau network kena diharmonikan, baru blog akan lebih dikenali dan anda sebagai blogger akan dihormati ... :)

 


5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sokong..sekadar konem tegur dialam maya ni pon org x kenal hati budi kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. esok2 kalo dh jumpe btul2 depan mata, masa tu la boleh kenal mcmana hati budi tuannya :-)

      Delete
  2. teringin nak bertemu dgn rakan2 blogger ni kat dunia sebenar..:D

    ReplyDelete
  3. dah pernah jumpe sorang kat dunia sebenar - nurulbadiah lai..siap dijemput dtg majlis kawin dia lg :-) boleh tgk entri perkahwinannya di blog saya utk bulan mei 2012. orgnye mmg nice!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul Badiah ..uhh cantik tu ... :) memang femes blogger tu. HH pun suka. :)

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement