As-Salam.
Pening. Di sana tulis lain, di sini tulis lain. Dah konpius dibuatnya. Mana satu yang betul? Mana satu yang sahih? Adakah Osman Kering meninggal atau masih hidup?

Inilah penangan bila sebaran tanpa usul periksa. Bila berlaku begini, jadi haru biru. Kena ingat ... setiap kata kita ni merupakan doa, haaa ... kalau dah satu satu dok ucap benda yang sama ... nanti termakbul pula. Naya tak?

Hmmm teringat akan arwah pelakon komedi, Husni Rawi atau lebih dikenali dengan Bob Kuman. Mula diceritakan sihat, pastu sakit, pastu sihat .... pastu tetiba meninggal, pastu sihat, pastu sakit .... gara-gara cerita di dalam blog dan laman sosial yang lain. Al fatihah buat arwah.

Osman Kering meninggal dunia. Banyak blog cerita kisah itu ... kemudian, timbul cerita yang ianya merupakan satu perkhabaran palsu. Tersedak Osman Kering macam tu. Kalau tengah rileks-rileks tak mengapa, tapi ... kalau dok tengah makan biskut kering? Tersedak .. lalu ... hmmm ....

Jadi, fikir-fikir dulu ye rakan blogger semua. Jangan jadi seperti HH, tersilap buat entri mengenai sesuatu cerita ...terpaksa buat permohonan maaf terbuka, dan baru-baru ini, HH padamkan satu entri (sepatutnya dah lama kena keluarkan) gara-gara tersilap letak gambar dan fakta - nasib baik hamba Allah tu tegur, kalau tak terus terusan la kesilapan tu berlaku.

Seandainya anda ada buat satu cerita yang kemudian cerita itu disahkan tidak benar atau tersilap fakta, lakukan sesuatu - samada perbetulkan entri atau padam terus. Buat satu entri lain untuk perbetulkan balik kesilapan. Jangan sampai ia jadi kudis dalam penceritaan anda di dalam blog.


4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tulah kalau nak tulis kena dapatkan maklumat dulu kan, sian dia, masih lagi kat hospital dah dikatakan meninggal..

    ReplyDelete
  2. Memang sedih bila ad blogger yang nk post berita hangat sbb nak kejar publisiti lalu aibkan org/ "kata itu doa" bagi org sakit macam entri bro kali ni.

    ReplyDelete
  3. betul tu HH..kalau dah banyak sgt cerita dia meninggal, itu jadi doa..haduii..masyarakt !!

    ReplyDelete
  4. Kuasa teknologi tetapi kita haruslah berhati2 bila nak menulis.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement