As-Salam.
Apabila berkata soal blog yang punyai trafik tinggi, agak jarang blog tersebut daripada blog personal, kecualilah andai blogger tu sudah punyai nama sendiri dalam dunia blog seperti Fatin Liyana, Hanis Zalikha, Ben Ashaari, Kujie, Redmummy dan beberapa nama lain. Blog mereka dah ada pengikut sendiri yang setia untuk membaca blog mereka setiap hari, dengan hampir tidak perlu nak ping ke mana-mana laman web agregator mahupun di facebook.
Namun, bagi yang tak punyai nama dan pengikut seperti mereka ini, blog personal memang payah nak mendapatkan trafik, apatah lagi trafik organik iaitu daripada enjin carian.
Rata-rata, blog yang ada trafik tinggi adalah blog informasi, tak kiralah blog itu berteraskan informasi mengenai pemasaran ke, tentang bisnes ke, tentang dunia hiburan ke, tentang pelancongan ke, tentang berita sukan ke mahupun berita teknologi. Malah, blog mengenai widget atau tutorial pun dikategorikan dalam blog informasi.
Ini adalah kerana blog-blog informasi ini sering mendapat trafik melalui enjin carian. Dan jika sering pula ping sana-sini, insyaAllah ...trafik boleh cecah sehingga puluhan ribu sehari. Cuma yang kena bijak ialah, blogger tersebut perlu ada katakunci sesuai dan tajuk entri yang boleh menarik pembaca, walaupun hakikatnya ianya adalah sebuah kisah dan cerita yang sama dengan blog informasi yang lain.
Jika anda, ingin sedikit sebanyak menerima trafik organik iaitu daripada enjin carian, anda boleh cuba untuk buat entri berbentuk informasi di dalam blog personal anda, cumanya jangan terlebih sangat sampai jejaskan tema asal blog anda.
Bukan apa, kalau blog personal pun dah banyak sangat cerita pasal artis itu, selebriti ini, sukan itu dan sukan ini, bisnes itu dan bisnes ini, nanti pengunjung setia dah suka pada tema asal, akan lari lintang pukang pula.
Mulanya nak wat cengitu jugak...semata-mata nak dapat duit melalui blogging...tapi bila pikir2 balik...tak berbaloi wat blog kalau blog tu sendiri kita menyampah nak baca...takat kopi pasta tu, sesapa leh wat...tapi cuba pikir balik untuk lapan ploh tahun mendatang...berfaedah ke wat cengitu...nak dapat duit leh berusaha kan...tuhan tu maha adil kan...siapa yg berusaha dia yg dapat...cumanya nilai kepuasan ler, puas ke dapat duit banyak padahal kopi pasta jer...kan3.
ReplyDeletehaah..klu blog peribadi kompom xde laa nk tgk...trafik pon sikit jee...
ReplyDelete*nk update info jee laa..
Boleh je update info, HH pernah berikan tips bagaimana nak beri info dalam blog personal yang kemudian leh jana trafik ke blog dari enjin carian.
Deletesusah nak cakap..blog saya ada macam2 info..tapi yg selalu lekat entri resepi..haihh..
ReplyDeleteMemang tidak dinafikan blog informasi membawa pulangan lumayan tidak kira dari segi trafik mahupun pendapatan..lihat sahaja blog HH yang penuh dengan informasi dan tips..semua yang ditulis disini berdasarkan pengalaman dan tips yang orang nak tahu..secara tidak langsung "yang orang nak tahu" itulah dipanggil informasi..
ReplyDeleteTahniah HH..
Blog KW sedang menuju ke arah itu..apabila sudah mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan maka BLOG PERSONAL bakal menjadi pilihan..
Dapat sikit, berikan sikit, dapat banyak berikan banyak ..... tak dapat lansung, insyaAllah, akan cuba juga untuk berikan. Tuhan itu Maha Adil.
DeleteAssalam, thanx abang HH... bagus info nie...
ReplyDeleteHH pun trafik tinggi :D
ReplyDeleteQaseh masih noob dan perlukan ping nampaknya T__T
ReplyDeleteAda contest di sini https://www.facebook.com/Qaseh2u
setuju..kalau nak trafik tinggi untuk blog personal boleh..selit 1-2 entry yang menarik.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.