As-Salam.
Dulu, HH menggunakan Nuffnang sebagai platform pengiklanan di blog, kemudian, HH mencuba ManggaAds, pernah apply untuk Innity, dan menggunakan Adsniaga serta Advertlets di beberapa blog lain.

Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya.


Mengapa guna advertlets dalam blog? Seandainya blog anda mempunyai trafik yang tinggi setiap hari, maka anda disyorkan menggunakan platform pengiklanan Adverlets ini. Ini adalah kerana ia merupakan penyedia khidmat pengiklanan yang membayar secara - jika tinggi UV (unique visitors) maka lagi tinggilah bayaran yang anda akan dapat.

Ia lebih kurang sama macam Buffered Earnings dalam Nuffnang, cumanya ... ia tidak memilih blog-blog tertentu. Yelah, berapa keratlah sangat blog yang dapat BE dari Nuffnang ni. Selalunya, dan kebanyakkan blogger yang ada trafik tinggi selalu mengeluh kerana ketiadaan BE ini untuk blog mereka.

Seandainya keyakinan anda di dalam blog anda mampu menjana banyak trafik, boleh dapatkan pengunjung unik (UV) yang banyak setiap hari, maka HH syorkan gunakan Advertlets ini. Ramai blog yang menjana trafik tinggi menggunakan Advertlets sebagai medium pengiklanan di dalam blog mereka.

Untuk menyertai Advertlets, anda boleh daftar percuma di sini: Advertlets - Putting The Bling To Blogging



12 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kalau sehari PV dapat 500 tu boleh kira tinggi?
    BE Nuffnang saya masih di bawah RM30 walaupun selepas setahun guna.
    Ptutkah saya bertukar kepada advertlets?
    mohon jawapan dan nasihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau BE ada, teruskan dengan Nuffnang, tak perlu tukar. Kalau nak guna Adverlets, UV kena lebih daripada 1K sehari. Bukan PV, tetapi UV ...pageviews tak kira, sbb seorang pengunjung boleh klik banyak kali.

      Delete
    2. Ahmad cuba guna Histats.com... mungkin ada gunanya juga tu...

      Delete
    3. Kalau dah guna Nuffnang, dalam tu dah ada dah. CUba tgk balik stats dalam Nuffnang tu bahagian trafik blog.

      Delete
  2. huuuuu....SP guna Nuffnang ..setia dgn Nuffnang je .hahaha...taknak advertlets :P ..

    ReplyDelete
  3. Diorang kata advertlets kadang-kadang bermasalah dalam pembayaran komisen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm HH pernah bincangkan, malah Ben Ashaari pun pernah beritahu kenapa dan mengapa dalam blognya.

      Delete
  4. Assalam, owhhhh, macam tu rupanya Abang HH... baru tau...

    ReplyDelete
  5. saya belum dapat nak pasang iklan lagi. masih baru hewhew


    eddiefadhli.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Skrg berjinak dgn youtube dan dpt dlm rm15 sehari. Guna adsense. Cara lama tapi msh boleh berjalan. Kat blog guna nuff tapi tak aktif sngt sbb tak ramai readers. Lol. terima kasih untuk info. Mungkin satu hari nanti guna advertlets ni.

    ReplyDelete
  7. Baru signup semalam. Nak cuba sebulan dua dulu la..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement