As-Salam.
Jujurnya, kebanyakkan blog yang menjadi rujukan HH bercerita mengenai dunia blog, berkongsi tentang ilmu blogging adalah daripada blog-blog berbahasa Inggeris. Dan antara banyak tu, boleh kira dengan jari blog-blog yang ditulis oleh orang yang amnya bercakap dalam bahasa Malaysia.

Jika anda mahukan trafik yang menyeluruh, anda perlu cuba untuk tulis blog dalam bahasa Inggeris. HH pernah buat blog berbahasa Inggeris, tetapi biasalah ... dah tentu yang ramai singgah adalah bukan daripada rantau ini. Yang bacanya adalah mereka yang mencari info dalam bahasa inggeris (tentulah). Dan blog HH tu tidaklah sehebat mana, sekadar untuk berkongsi info mengenai dunia pemasaran internet.

Masalah dengan blog yang ditulis dalam bahasa Inggeris ini ialah, ia menjadi satu lokasi mudah untuk serangan email spam, virus dan malware, sebabnya kebanyakkan benda-benda itu menggunakan bahasa komunikasi yang secara amnya menggunakan bahasa Inggeris.

HH pernah dapat hampir seratus komen yang berbentuk spam dan juga menerusi email dek kerana blog yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Namun, HH ingin menggalakan ramai di antara kita (blogger) untuk menulis entri dalam bahasa Inggeris, sekali sekala .... sekadar untuk lebih percambahan info dan maklumat. Lihat sahaja blogger yang telah berjaya, seperti Hanis Zalikha, Red Mummy, dan ramai lagi ..mereka juga ada masa menulis dalam bahasa Inggeris.


12 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. hikhik, write in English just to improve my writing skills....

    ReplyDelete
  2. blog melayu juga banyak kena spam..

    Contohnya macam blog Lelaki Kacak ni.. sebab tu kena guna plugin anti-spam

    ReplyDelete
  3. pernah try buat blog dalam bahasa inggeris, tapi tak pernah bertahan lama... huhuhu~...

    ReplyDelete
  4. pernah terpikir untuk buat 1-2 entry guna english..tapi tak buat-buat lagi..hehe

    Entry terbaru saya "Nuffnang Vs ChurpChurp"

    ReplyDelete
  5. betul tu HH ..redmummy punya blog santai je SP tengok ...cool

    ReplyDelete
  6. owh... nice share... nnti boleh try buat.. hehehe

    ReplyDelete
  7. sometimes, i wrote in English ...just to test my vocabulary .. it's not that hard y'know .... hihi =)

    ReplyDelete
  8. kalau tulis entri dlm english, broken english pon xpe...yg penting kita cuba...

    ReplyDelete
  9. huhuhu..baru 1 je entry english,tapi akan ada lagi lain kali..thanks sebab mengingatkan..

    ReplyDelete
  10. Salam abg HH..lame tak berblog..tau-tau blog tuan dah makin dahsyat..Ahaks! tahniah.

    Aku langsung tak tau english,bukan tak nak cuba..Ahaha..

    ReplyDelete
  11. Nak tulis artikel blog dalam Bahasa Inggeris.. Tapi tak pandai..

    ReplyDelete
  12. Blog bahasa Inggeris kuat saingannya. Info yang kita sampaikan hendak betul-betul bagus dan terkini, kalau tak orang tak pandang.
    Spam pula bagus untuk menilai tahap populariti dan SERP ranking blog kita. Kalau banyak spam, petanda baik. Cuma kena la filter out spam tu supaya tak di publish.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement