As-Salam.
Google memperkenalkan Google+ Pages bukan untuk suka-suka, tetapi untuk membina komuniti antara penggunanya terutama para blogger yang menggunakan platform blogspot. Jadi, ambil kesempatan dan peluang ini untuk anda memanfaatkan kelebihan ini.

Ia secara tidak langsung bukan sahaja akan menambah trafik menerusi Google+ Pages tetapi juga akan meningkatkan peluang blog anda tersenarai di dalam muka hadapan (muka pertama) enjin carian Google itu sendiri.

Bagaimana caranya? Apabila anda post entri blog anda atau kongsikan di Google+ Pages, ia sebenarnya sedang menghebahkannya ke seluruh pengguna Google dan juga Blogspot, apabila seseorang atau pembaca memberikan +1 kepada entri tersebut, ini bermakna ia sebenarnya memberikan merit untuk enjin carian indeks entri tersebut.

Jadi, sediakan satu ruang atau pages di dalam Google+ ini untuk blog anda, dan cubalah aktif mempromosikannya di profil Google anda. InsyaAllah, sedikit sebanyak blog anda akan menerima trafik yang baik.

Cumanya, jangan sesekali anda mempromosikan spam atau mana-mana click-get-paid program yang sangat ditegah oleh Google di dalam Google+ Pages ini.



4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih bro...buat artikel ttg blog! he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu rajin gak tulis pasal dunia hiburan ... tapi dululah, manusia leh berubah, apakan sebuah blog.

      Delete
  2. hehehe.. tak paham sangat pakai google plus nie.. letak je tpi taktau pakai :)

    ReplyDelete
  3. saya dah slalu gunakan G+ tu selain fb utk hebahan update blog..ok jugak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement