As-Salam.
Tips mendapatkan pembaca setia, hmmm sebelum itu tanya pada diri anda, apakah perkara paling penting untuk anda capai bagi blog anda? Trafik tinggi? Followers yang ramai? Dapat tawaran iklan atau advertorial ribuan ringgit? Jadi blogger popular? atau mempunyai pembaca yang tersendiri dan setia dengan blog anda?
Dari banyak-banyak tu, jika anda ingin blog anda punyai pembaca yang setia, maka anda perlulah menjadi setia dengan blog anda sendiri. Setia di sini ialah dengan memberikan apa yang mereka suka pada blog anda. Jangan alih-alih dan jangan ubah-ubah.
Seandainya anda bermula dengan sebuah blog peribadi yang santai, maka teruskan dengan penampilan itu. Setia dengan corak penulisan anda, tanpa perlu bicara perkara lain yang di luar skop. Jika anda berubah ... pasti yang dah berkurun jadi pembaca blog anda hari-hari, akan lari ke blog lain yang lebih relevan dengan selera mereka.
Fikirkan, sebuah majalah berbentuk motivasi ..... dah namanya motivasi, tentulah isi kandungan semuanya ada kaitan dengan motivasi ye tak?, dan pembacanya tentu juga yang mahu mencari motivasi diri. Dah ada pembaca tersendiri, siap langgan lak tu ... tapi tiba-tiba satu hari, pihak editorial ubah konsep, jadi sebuah majalah cerita seram tahyul atau majalah hiburan .... haaa .... apa jadi?
Blog yang punyai pembaca setia sebenarnya lebih berbaloi daripada mempunyai blog yang hanya ada followers yang ramai. Bila ada pembaca setia ini, kita akan tahu bahawa mereka ada minat dan kecenderungan yang sama, makanya boleh jadi geng dan satu kepala. Maka, mudahlah nak lepak-lepak dan jumpa ... eratkan ukhwah dan silaturahim. Kan kan?
betul! banyak follower pun tak berbaloi kalau pembaca tak suka dengan penulisan kita..:) agree!
ReplyDeletethanks for the sharing brother HH... =)
ReplyDeletebos..
ReplyDeletemacam mana kita nak tau kita ada pembaca setia ataupun tidak?
tq =)
kalau kita rajin singgah blog org & tinggalkan komen.. tu pun boleh menarik org rajin singgah blog kita....:)
ReplyDeletebetol2...jd kan bloglist...
ReplyDeletetak salah kalau nak pelbagaikan topik penulisan kan?
ReplyDeletetapi jangan terkeluar dari landasan sebenar blog.:)
memanG pun.. kene setia pada bloG eheehe
ReplyDeletekadang ramai y keja follower jek :) kadang2 malu gak bile komen kite 0 cam cakap sorang2.. sedih pedih~ hehe
ReplyDeleteyerp...setuju.....kena maintain...kalau tak orang boleh pening...hehe
ReplyDelete:)
ReplyDelete++
Perlu rajin singgah blog kawan2 yg kita follow ++ banyak lagi dan pernah bro HH katakan. x perlu naim taip di sini. haha
betul setuju sangat pembaca setia boleh saling bertukar pendapat jugak:)
ReplyDeletesetuju3... memang sangat2 setuju. Ramai followers tapi takde yg sudi baca n komen, tak syok juga jadi blogger ni... :) patutla bila guna bhs skema org tak komen... haha... tak layak berbahasa skema rupanya sy ni... baru ku tahu... (gelakkan diri sendiri) Thanks mr. HH
ReplyDeleteTotally agree....yelah, pembaca setia tu penting..alahai, seronoknya lah kalau blog saya ada pembaca setia..hmm...jauh lagi nak ke arah tu rasanya..baru sangat bermula...
ReplyDeletePandaikan diri sedikit demi sedikit.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.