As-Salam.
HH pernah tulis di dalam blog ini, antara cara untuk menjadi salah seorang blogger yang dihormati dan disegani ialah dengan sentiasa tampilkan diri dalam kelompok yang dihormati. 

Tampilkan diri di sini ialah dengan cara membina, bukan membinasakan. Bagaimana? Anda perlulah sering beri komen yang bernas, andai ia melibatkan sesuatu entri berfakta, berikan fakta anda, jadi si tuan punya blog akan hormat anda, pembaca dan pengunjung lain juga akan hormat anda. Sekaligus, cara itu akan memberikan point untuk kredibiliti anda sebagai seorang blogger yang bijak berkomentar.

Tentu suka kan, kalau seorang blogger yang dah ada nama jadi follower anda dan baca apa yang anda tulis di dalam blog. Jadi untuk mereka membaca blog anda, pastikan blog anda sudah siap sedia menerima kehadiran mereka. Kerana mungkin dari komen anda yang baik di blog mereka, tanpa perlu diarah atau disuruh, hati mereka akan cuba untuk mengetahui apa yang anda tulis di blog anda pula.

Dari bahasa tersimpul kata, dari kata meresap ke jiwa. Ibarat kalau di dunia realiti, dari mata turun ke hati ... cuma kali ini, anda sebagai seorang blogger, dari tulisan menyentap ke jiwa ... perghhh ... ok?

Justeru itu, tulis dengan cara anda sendiri. Seperti yang HH ada beritahu, jadi diri sendiri, tetapi bataskan diri dengan peraturan, adab dan batas-batas agama serta budaya.

7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya suka menjadi diri sendiri.
    baru ada identiti sendiri kan
    tidak perlu berpura-pura

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul....kalau boleh, jadikan blog itu diri anda dalam alam maya.

      Delete
  2. Assalam, memang mantap ... saya suka dengan cara HH.... Nak jadi blogger yg disenangi bukan senang... Kita kena bijak mengambil hati pembaca juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi bab nak ambik hati tu susah, sbb banyak sangat hati nak kena jaga ... yang dok kongsi pc ni pun nnak kena jaga hati dia gak ..hehehehe

      Delete
  3. wah..baru tau,thanks 4 de advise HH.

    ReplyDelete
  4. Kene menuntut ilmu dgn otai otai ni... Moga brmanfaat pada dri sndri ngan org lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Carilah ilmu walau di mana anda berada, tapi biarlah ilmu bermanfaat, jgn cari ilmu macam mana nak skodeng anak dara tengah mandi lak ..

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement