Yuyu Zulaikha, ramai blogger kenal akan nama ini. Yuyu Zulaikha antara blogger yang boleh HH katakan terkenal di Malaysia. Orangnya genit dan tampak riang (macam kanak-kanak riang Ribena).

Secara peribadi, HH tak kenal sangat siapa Yuyu, tetapi pernah dengar dia berceloteh dan pernah melihat dia bersuara melalui vlog, satu masa dahulu. 

Baru-baru ini, Yuyu Zulaikha telah terpilih untuk menjadi salah seorang Alpha (atau jurucakap) bagi laman web menjana duit online - Churp Churp.

Sedikit butiran yang HH dapatkan menerusi Churp Churp untuk anda mengenali Yuyu Zulaikha


Bagaimana Yuyu memulakan kerjaya dalam bidang karya penulisan atau blogging, dan menjayakan kerjaya ini dengan mantap sekali?

Sebenarnya Yuyu mula ber-belog sejak 2008. Cumanya, pada masa tu, entry Yuyu hanyalah luahan perasaan terhadap peperiksaan, kawan kawan, entry lirik lagu, , dan kebanyakan lebih merepek, dan satu satunya pembaca belog Yuyu adalah Yuyu Zulaikha.

Tapi bermula pada Disember 2010, Yuyu mula aktif berblog, “blogwalking” dari belog ke belog dan sejak dari bulan itu, ramai yang mula “follow” dan dapat menerima penulisan Yuyu. Terima kasih kerana sudi baca blog Yuyu.

Apakah passion/minat Yuyu selain ber-blogging?

Selain berbelog, Yuyu sangat sangat minat mengumpul heels dan buku motivasi. Yuyu takkan teragak-agak untuk beli kasut yang menarik dan buku motivasi dari ramai jenis penulis.

Apakah kejayaan terbesar Yuyu?

Alhamdulillah. Bagi Yuyu, kejayaan terbesar Yuyu buat masa ni adalah diberi kepercayaan oleh Nuffnang untuk menjadi salah seorang talent, dan semestinya daripada ChurpChurp sebagai salah seorang Alpha, sebab dulu Yuyu selalu berangan saja, hari ni, tak perlu berangan lagi. Selain itu, Yuyu pernah dijemput oleh beberapa stesyen TV, pernah juga Yuyu dijemput temubual untuk majalah dan dijemput untuk menjadi panel bagi ceramah motivasi.

Apakah matlamat dan impian Yuyu dalam jangka masa 5 tahun?

Kalau diizinkan Tuhan, sebelum Yuyu berumur 28tahun, Yuyu harap pada masa tu Yuyu sedang sibukkan diri untuk habiskan PhD dalam Kewangan Islam, dan dalam lima tahun juga Yuyu berdoa sangat Yuyu dapat bantu ramai orang dengan hasil Yuyu seorang Blogger. Ada keluarga sendiri dan capai cita-cita Yuyu sebagai salah seorang ahli perbankan Islam dan paling penting, lima tahun lagi, Yuyu akan terus setia dengan ChurpChurp dan Nuffnang. (patriotik)


Sumber: Blog Churp Churp

13 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. hehe..blogger berjaya..

    jom baca entry terbaru saya!

    ReplyDelete
  2. pernah jumpa yuyu di event Celcom LG Prada di KL

    ReplyDelete
  3. sape la yg tak kenal yuyu zulaikha kan..kalau nama pun blogger..mesti kenal la kan :D

    ReplyDelete
  4. whoa kak yuyu ..uhuk...how can i be like her.. so talented :(

    ReplyDelete
  5. Salam HASRUL HASSAN.

    Ya ALLAH, terima kasih sudi buat entry pasal yuyu. adoi. yuyu ni biasa je. cuma suka belajar. & tu cita cita yuyu sejak yuyu masuk UIA lagi :)

    InsyaALLAH, doakan yang terbaik ye ^^

    ReplyDelete
  6. @azri johanTula ..bila Azri Johan nak jadi duta lak?

    ReplyDelete
  7. yuyu kn blaja dkt kuis? Kolej islam?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement