As-Salam. Antara gajet atau peralatan elektronik yang harus anda bagi seorang blogger ialah komputer. Tanpa komputer, maka aktiviti atau hobi berblog memang tak boleh nak buat. Agak janggal seandainya seorang blogger atau yang ingin menjadi blogger tidak mempunyai satu pun komputer. Paling tidak, mesti nak ada sebuah komputer meja (desktop) atau sebuah komputer riba (laptop). Jadi, apakah ciri-ciri laptop terbaik untuk seorang blogger?

Specs for Blogger to Blog from a Laptop


10 Ciri-Ciri Laptop Untuk Seorang Blogger


  1. Kecil dan Mudah Dibawa - seharusnya seorang blogger yang ingin mempunyai sebuah komputer riba, perlulah mempunyai laptop yang kecil saiznya. Ia mestilah mudah dibawa ke mana-mana.
  2. Ringan dan Minima Ciri Tambahan - boleh minimakan dengan tidak perlu adanya pemacu cd.dvd. Hard disk tidak perlu terlalu besar.
  3. Tahan Lasak - pilih laptop yang tahan lasak. Laptop sebegini sesuai jika anda seorang yang memang kaki berblog di mana-mana dan tak kira masa.
  4. Skrin Kecil - Sesuai dengan saiz, paling maksima saiz skrin adalah 14 inci.
  5. Ada Kamera atau Video - cirian ini perlu untuk anda rekod video anda sendiri bagi memuatkan dalam blog. Ia juga boleh dijadikan sebagai satu alat untuk memuatkan gambar terkini.
  6. Ada Peranti USB - Laptop seorang blogger perlu ada cirian ini, lebih banyak lebih bagus. Lebih laju lebih baik. Pastikan paling tidak, ada 3 port atau tempat bagi memasukkan peranti USB.
  7. Ada Modem Terbina Dalam - Seharusnya ada, kalau tidak bagaimana laptop anda dapat membuat connection dengan internet?
  8. Punyai Ciri Wireless Internet - Tentu dan Wajib ada bagi blogger yang mahu berblog hampir setiap masa. Pastikan ia mempunyai cirian terbaik, dan tiada masalah untuk membuat connection di tempat-tempat yang ada kemudahan wireless internet atau WiFi ini.
  9. Ada Bluetooth - Tidak wajib sangat tetapi bagus juga kalau ada, sesetengah peranti menggunakan bluetooth untuk membuat connection, ia juga dapat menggunakan peranti lain seperti telefon bimbit sebagai modem bergerak.
  10. Ada Perisian Untuk Berblog - Perisian-perisian untuk blog ada banyak, dan anda boleh pilih untuk dimuatkan di dalam laptop anda. Ia sebagai satu alatan untuk memudahkan anda berblog di mana-mana sahaja.

Itulah 10 ciri-ciri laptop seorang blogger. Rasanya cukup spesifikasi dah tu, nanti HH akan ceritakan perisian yang perlu bagi seorang blogger, jadi rajin-rajinlah singgah ye, atau terus je langgan RSS menerusi email.


2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih atas info nie....saya suka sangat...tp bro hasrilhassan...saje nak tanya antara laptop dengan smartphone mcm samsung . mana satu baik?.

    ReplyDelete
  2. Uishh .. laptop la terbaik ... :) sbb macam2 leh buat dengan laptop ni .. smartphone ni sekadar penambah perisa ... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement