As-Salam. Dalam dunia blog Malaysia, ada pelbagai ragam dan cerita. Masing-masing ada kisah sendiri yang dikongsi dalam dunia blog. Dan masing-masing ada tujuan tersendiri. Namun, secara keseluruhannya .. HH boleh katakan ramai yang berblog untuk meluahkan rasa dan pendapat. Serta ramai juga, yang sekadar berkongsi apa yang mereka tahu.

Apapun, HH dapati ada beberapa perbezaan ketara antara blogger lelaki dan blogger perempuan.

10 Perbezaan Antara Blogger Lelaki Dengan Blogger Perempuan 


  1. Blogger lelaki lebih suka kepada pengisian bersifat informatif global seperti berita. Manakala blogger perempuan lebih suka kepada blog bersifat personal, bercerita kisah dan cerita yang ada kaitan dengan diri.
  2. Blogger lelaki lebih kepada fakta, dan blogger perempuan banyak bermain rasa dan emosi - blog cinta, kisah kekasih dan sebagainya. Terutama dalam blog remaja.
  3. Blogger lelaki kurang gambar berkaitan diri, berbeza dengan blog perempuan yang banyak gambar berkaitan diri sendiri.
  4. Blog-blog lelaki lebih kemas berbanding blog perempuan.
  5. Blog lelaki lebih banyak iklan daripada blog perempuan.
  6. Blog lelaki lebih banyak widget informatif, blog perempuan lebih banyak widget sekadar nak cantikkan blog.
  7. Blog lelaki lebih banyak terarah ke blog yang boleh undang kontroversi berbanding blog perempuan - contoh blog hiburan dan politik.
  8. Blog lelaki lebih 'keras' ayatnya berbanding blog perempuan yang bersifat sederhana.
  9. Blog lelaki lebih bersifat buat blog dengan ilmu berblog, berbanding blog perempuan yang buat blog ikut suka - penerapan SEO, mesra pembaca, widget trafik.
  10. Blog lelaki banyak guna tona warna pastel, hitam dan putih. Blog perempuan banyak guna warna menyerlah dan kontras seperti merah, pink, kuning, hijau, purple dan seangkatan dengannya. Lebih banyak warna dalam blog perempuan daripada lelaki.

Ok. Adakah anda setuju dengan pendapat HH ni? Kalau setuju bolehlah share yer .. :) kalau tak berikan pendapat anda. Ini sekadar dari pemerhatian HH sahaja, mungkin berbeza dengan orang lain.

Kredit Foto: Nisakay Suka Menaip

7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. setuju sgt HH :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih .. hehhehe.... nih lama dok memerhatikan ...sekadar pendapat je

    ReplyDelete
  3. mmg setuju sgt..:)

    ReplyDelete
  4. Setuju dgn HH..sekali tengok dah boleh tahu tuan punya blog lelaki @ perempuan

    ReplyDelete
  5. Hehehee... tak yah tulis nama dah tahu kan kan ...

    ReplyDelete
  6. abg HH kali nie memang sanga setuju dengan abg :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement