As-Salam.
Aha... ada tak sesiapa pembaca atau pengunjung blog ini yang pernah buat blind date sesama blogger? Atau mungkin dengan kenalan online dan dunia maya? Atau mungkin anda bercadang nak buat blind date dengan seseorang?
Kalau nak buat blind date tu, awas-awas diri jangan sampai terpedaya. Pastikan orang yang ingin anda buat temujanji itu, paling tidak pernah anda kenal secara tidak langsung.
Bagaimana nak buat blind date sesama blogger?
10 Tips Blind Date Buat Blogger
- Bila buat blind date dengan seorang blogger, pastikan bahawa anda bawa juga laptop bersama. Ini menunjukkan bahawa anda dan si blind date itu ada ciri yang serupa, minat yang sama.
- Bertemu kali pertama dengan senyuman. Inilah ekspresi pertama bahawa kita suka akan pertemuan yang bakal dilalui. Jangan buat muka pelik, andai apa yang anda lihat secara realiti tak sama dengan apa yang anda lihat di dalam blog si dia.
- Bercerita soal minat yang sama, perjalanan kisah anda sebagai seorang blogger dan kenapa anda berblog. Berikan tips berblog yang mudah sebab selalunya inilah antara topik menarik antara blogger.
- Beritahu bahawa anda seronok berkenalan dengan seseorang yang punyai minat berblog yang sama macam anda. Dan sesekali cuba ubah topik kepada yang lebih santai mengenai diri si dia.
- Jangan sesekali menilai akan penampilan di kala pertemuan pertama. Jauhkan perkara-perkara yang biasanya boleh mengguris hati. Jangan terlalu bersikap ingin menilai.
- Sesekali berboraklah perihal benda yang melucukan semasa anda bergiat dengan blog kerana ia akan menghilangkan rasa gabra dan gugup. Namun, harus ingat ... kawal diri ... jangan sampai gelak berlebihan pulak.
- Jangan sesekali dok bercerita pasal pendapatan blog atau Nuffnang atau Adsense atau buat duit online dengan blog anda - kecuali kalau dia yang tanya. Ini akan menampakkan diri anda seorang yang bersifat materialistik.
- Jangan tipu semasa buat blind date, bila anda berjanji untuk pakai baju biru, maka tunaikan janji anda. Jangan sesekali buat onar sebegini.
- Sentiasa nampak santai, dan jangan berlebih-lebihan. Tak perlu beria-ria untuk ajak tengok wayanglah, ajak ke sana ke sinilah .. cukup buat pertemuan simple di restoren biasa, sambil jamu selera. Duduk2 lepak2 di kawasan terbuka lebih baik ... tak perlu nak berdua-duaan.
- Bawalah teman yang juga blogger sebagai langkah keselamatan ketika bertemu dalam blind date ini. Jika anda dah rasa selesa, barulah difikirkan cara untuk bercerita lebih intim dan mesra, namun kelibat orang yang menemani anda mestilah tidak jauh dari anda.
Kredit Foto: Meja Bulat
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.