As-Salam.
Apabila sudah terlalu banyak blog dan laman web dengan tajuk yang sama, dengan kata kunci yang sama, makanya si enjin carian terutama Google menjadi agak cerewet sedikit. Apatah lagi apabila mengaitkannya dengan sistem pengiklanan Adsense dan Adwords. Kata kunci penting buat blogger macam kita ni, agar apa yang kita ingin berikan, kongsikan kepada dunia dapat dibaca dan disampaikan. Ada saham sebar ilmu di situ yang boleh dibawa ke mati ... tak gitu? Maka itu kena tahu 3 perkara asas untuk blog dicukai enjin carian.
Jadi, usaha dengan ilmu amat penting agar apa yang kita tulis ini sampai ke mereka yang ingin mencari info, maklumat dan pengetahuan mengenainya.
Untuk itu, anda kena pastikan blog anda punyai ciri-ciri berikut agar enjin carian seperti Google, Bing mahupun Yahoo Search suka dengan blog anda.
3 Perkara Asas Untuk Blog Disukai Enjin Carian
- Buat tajuk entri blog yang lebih spesifik seperti Panduan Menulis Blog Dalam Blogspot Untuk Blogger Baru; berbanding dengan tajuk Panduan Menulis Blog, atau Tips Blogspot Buat Blogger.
- Pastikan isi kandungan kaya dengan informasi berkaitan, yang berkait antara tajuk entri dan tajuk blog anda sendiri. Contohnya; blog anda bertajuk: Dunia Basikal Malaysia, makanya patut entri anda banyak mengenai dunia basikal, contohnya entri bertajuk: Jenis-jenis Basikal Dengan Kompisisi Paling Ringan atau Basikal Terawal di Dunia Yang Digunakan.
- Seandainya anda ada letak link affiliate di dalam blog, atau rujukan atau mungkin bloglist, letakkan yang ada kaitan sahaja, agar membuatkan blog anda benar-benar kaya dengan informasi yang ada kaitan sahaja.
Cuba anda lihat blog-blog yang berjaya dalam mendapatkan pendapatan ribuan ringgit menerusi blog. Semuanya punyai ciri-ciri yang HH sebutkan di atas. Blog-blog atau laman web mereka tidak sesuka hati bercerita itu dan ini, tetapi berlandaskan kepada tajuk blog mereka, tema mereka dan isi kandungan utama blog mereka.
Info yang tepat lagi padat.Bagus sebagai contoh tauladan dalam blogging.
ReplyDeleteIn Sha Allah ...
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.