As-Salam.
Dalam usaha untuk menarik pembaca ke blog anda, antara ciri-ciri penting yang harus dititik beratkan ialah layout atau rangka blog anda. Rangka blog perlu kemas, tak mo bersepah2 ... sebabnya bila bersepah, nanti apa yang anda nak sampaikan dalam blog tak tersampai pada pembaca.

Cuba ikuti petua berikut untuk mendapatkan layout yang kemas.

Ciri-Ciri Blog Yang Kemas

2 Kolum
Rangka yang kemas selalunya punyai 2 kolum sahaja. Satu untuk paparan utama, dan satu lagi untuk sidebar. Dan 2 kolum di bawah untuk footer note, atau nota kaki dan sebagainya.

Kedudukan Sidebar
Kebanyakkan blog yang ada PR tinggi, dan mesra ALEXA adalah blog yang meletakkan sidebar blog di sebelah kiri (kanan tangan kita). Ini memudahkan pembaca klik tanpa perlu merentas keseluruhan blog anda. Kedudukan ini membolehkan navigasi dalam blog lancar terutama bagi mereka yang BUKAN kidal.

Saiz Layout
Kebanyakkan skrin komputer masa kini melebihi resolusi 780 pixel, maka cuba buat saiz layout anda minimal resolusi begini. Anda boleh guna analisis2 yang disediakan oleh Google atau beberapa laman web yang boleh mengesan saiz layout skrin komputer pengunjung blog anda. Blog ini menggunakan saiz 1000px dengan sidebar lebih kurang 300px (lupa).

Saiz Sidebar
Paling terbaik adalah dengan tentukan dahulu jenis widget yang anda nak pasang. Seandainya widget itu memerlukan saiz yang besar, maka saiz sidebar perlu sesuai agar nanti widget anda tak nampak terkeluar. Sebolehnya saiz sidebar tidaklah besar sangat, disyorkan menggunakan paling maks 350px.

Saiz Tulisan
Perkara yang harus dan sepatutnya anda tahu ialah, tajuk mestilan lebih besar daripada isi. Jadi pastikan tajuk anda itu bersaiz sepatutnya. Bagi saiz tulisan dalam entri, maks disyorkan adalah 12 points, macam kita buat karangan tu. Kena faham, kebanyakan komputer sekarang beresolusi tinggi, dan jika besar saiz font anda, maka anda terbeliaklah mata pembaca anda, dan jangan terlalu kecil kerana tak sesuai pula nanti untuk paparan di laptop. Guna font saiz 11 atau 10 ... ada petua mengatakan 11 points baik untuk SEO.

Jajaran (Alignment) Tulisan
Jika boleh, buatlah ia dalam bentuk 'justify' supaya ia memenuhi ruang kosong. Seperti yang telah saya beritahu dalam posting2 sebelum ini, loading blog akan dipengaruhi juga dengan berapa banyak/jumlah ruang kosong dalam coding/html anda. Walaupun bentuk tulisan tidak dinyatakan mempengaruhi loading, tetapi dari pengalaman, blog yang penuh tulisan lebih cepat loading dari blog yang kurang tulisan ...hmmm ....

Warna Blog
Warna layout blog anda pun mesti bersesuaian. Ada warna, sesuai kat satu blog ni, dan nampak kemas, tetapi bila guna kat blog kita, nampak cam haru biru. Anda harus faham, warna, bentuk tulisan, susun atur semuanya berkait. Banyakkan bereksperimen dengan warna. 

Header Blog
Oppss hampir terlupa, header blog juga perlu simple, perlu tampil unik, perlu kemas ... tak nampak cam sarat. Jika kepada pun dah berserabut ... bayangkan isi blog tu macam mana pula .. :) 

Jenis Tulisan
Jenis font pun penting. Jangan la terlalu artistik sampai sukar nak baca. Kalau nak nampak ala2 seni kreatif, cuba buat dalam bentuk lain ....  tak perlu ditampilkan dalam jenis tulisan entri anda. Pembaca nak membaca dengan mudah, seandainya tulisan dah tak mudah .. macam mana? Gunakan standard font seperti arial, times new roman dan sebagainya.

Ok kot .. HH fikir ciri2 yang ditampil ini boleh dah nak persembahkan satu blog yang kemas. Blog yang kemas akan memudahkan pengunjung dan pembaca. Dan akan menarik minat mereka untuk datang lagi dan lagi .... 

Semoga bermanfaat.

 *p.s: Ini merupakan entri republish

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement