Tips SEO blogspot kali ini saya bercerita soal rekabentuk blog. Samada anda sedar atau tidak, enjin carian tidak berapa suka blog yang semak. Google suka blog yang penuh dengan informasi, dan suka dengan blog yang memudahkan informasi itu disalurkan kepada pengunjung.
Secara amnya, blog anda mestilah kemas penampilannya. Bila buka, pengunjung boleh baca dengan senang lenang, dan fahama jalan cerita dari atas ke bawah. Apabila pengunjung mahu mencari artikel atau post lain, ada ruangan yang menyediakan pautan berkaitan.
Pautan ini boleh terhasil samada anda membuat backlink sendiri ke entri-entri berkenaan, atau menggunakan widget tertentu. Ada banyak widget blogspot yang boleh anda gunakan untuk memudahkan kerja anda memberikan entri-entri terbaik dan bersangkutan sesama sendiri.
Saya pernah ceritakan mengenai Outbrain, Linkwithin dan beberapa lagi. Pasang sahaja di dalam blog, in Sha Allah, bukan sahaja enjin carian tiada masalah dengan teknik ini, malah pembaca blog anda juga boleh selongkar entri-entri lain yang berkaitan.
Anda juga boleh gunakan teknik autolink sebagai salah satu kaedah automatik untuk kaitkan satu-satu perkataan di dalam blog anda dengan pautan atau link entri tertentu.
Algorithma Google seperti Panda atau ada juga dikenali sebagai Page Layout Algorithm mensasarkan untuk menyahsenaraikan blog-blog dan laman web yang tidak mempunyai layout yang tersusun dan kemas, yang boleh membuatkan pengguna laman maya sukar mencari info dan maklumat yang dikehendaki.
Sebagai blogger, anda harus tahu bagaimana blog anda kelihatan di skrin komputer orang lain. Adakah saiz font anda sesuai atau tidak, saiz header anda, side sidebar anda mahupun iklan yang mungkin diletak di tepi kiri dan kanan. Apabila algorithma Google ini - Page Layout Algorithm mendapati .... setiap kali pengunjung hadir ke blog anda berdasarkan carian maya dan katakunci, dan tiba-tiba sukar nak baca entri yang berkaitan kata kunci tersebut, maka awas ... blog anda mungkin akan menerima trafik yang merundum selepas itu.
Maka, pastikan ruangan entri utama boleh dibaca dengan jelas - termasuk penggunaan warna pada blog, warna tulisan dan sebagainya. Blog anda ada menu, ada capaian dan link untuk entri2 lain yang memudahkan pengunjung. Jangan susahkan mereka yang datang ke blog anda untuk mencari info dan maklumat berkaitan - berdasarkan kata kunci carian.
Ok. Harap jelas dan selamat berblogging.
Sumber Google: Page Layout Algorithm
Salam tuan HH, maaf kalau tuan dah buat artikel ttg ni tapi boleh tak tolong siasat kenapa komen spam hilang dan pageviews menurun selepas update terbaru google panda/penguin sekarang ni, mungkin menarik untuk dikupas. Terima kaseh..:)
ReplyDeleteDi luar bidang pemahaman saya sebenarnya tu.
DeleteAsalam HH terbaik info. HH boleh tak nilai blog Etuza, jujur bagi komen sebab .linkwhithin tu agak banyak sedia dah macam tu masa etuza klik akaun dan kod
ReplyDeleteSebagai blogger yang sangat etuza kagum seperti HH tolong komen blog Etuza..bantu komen dari kelancaranya. Sebab etuza guna komputer lancar ja. dan template ni dari s=cadangan HH yang ada di entry terdahulu. Mohon bagi komen ya..please
ReplyDeletedah komen .. :) boleh baca .. saya direct je .. jangan makan rasa ehh
Deleteaku pun sedang cuba buatkan blog aku sekemas yang mungkin
ReplyDeleteTq for the tips ! sgt membantuu..
ReplyDeleteblog sy kategori semak x bang?? huhuhu... nk komen jugak!!!
Asalam HH terima kasih ..tak apa , dah ramai komen blog Etuza tu..sebab itu sellau baca tips kat sini bloh HH. inilah fungsinya ilmu disampaikan. Hehhehe etuza suka widget menceriakan blog tapi rupanya cara begitu ramai tak suka. Terima kasih ya. memang membantu
ReplyDeleteTerima kasih untuk tips ini ;) Sedang usaha untuk tidak menyemakkan blog ni. Nak tukar template lain lepas ni. Hehe
ReplyDeleteterima kasih abg hh
ReplyDeletebila laa dapat buat blog kemas mcm HH
ReplyDeleteSaya suka blog ni.. Tiap kali blogwalk ke sini ada saja info terbaru yang saya pelajari.. Baru tau ada cara untuk buat auto backlink.. Insya Allah nak try.. Thanks..
ReplyDeleteharapnya saya punya blog okay la, menepati most ciri2 yang orang suka... susah juga kalau serabut. bila dah serabut, loading pun lambat..
ReplyDeleteterimgin nak baca komen sifu tentang blog sy
Deletelepas ni nak gi tebas semak kat blog la nampaknya
ReplyDeletememang tips yang baik untuk newbie...
ReplyDeletetengah berfikir adakah blog ku juga semak? kadang--kadang kita fikir tak semak tapi rupanya semak. saudara HH boleh tak tolong komen blog mak jemah walaupun sudah terasa macam semak sebenarnya ni...
ReplyDeleteBagaimana blog yang kemas tu ye? Macam blog tuan HH ni ke? Maksud saya susunan untuk Google buat pencarian SEO tu macamane ye?
ReplyDeletesatu ilmu yang bagus untuk kita semua...terbaiklah
ReplyDeletepada pendapat HH, blog CN ni semak ke? CN mmg minat benor kaler merah, what to do...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.