As-Salam.
Dalam mendapat rankin tinggi dalam enjin carian, ada sesetengan blogger yang sorok teks untuk SEO. Awas, perbuatan ini boleh menyebabkan blog atau laman web anda kena banned atau disenaraihitamkan oleh enjin carian terutama Google dan Yahoo.
Ianya boleh dikatakan sebagai tidak beretika, kerana menggunakan kata kunci popular untuk sesuatu yang tidak relevan dengan isi kandungan. HH dapati ada banyak blog buat cara ini hanya semata nak buat orang singgah ke blog mereka - selalunya blog niaga dan blog politik.
Bagaimana sorok teks untuk kata kunci bagi SEO ini? Si blogger sebenarnya letakkan banyak kata kunci dalam entri tertentu tetapi disorokkan dengan menggunakan warna teks sama dengan warna latar entri. Maka, dari sudut mata kasar kita, memang tak nampak, tapi jangan memain dengan robot enjin carian.
Ada algorithma carian yang memang bijak mengesan cara penipuan SEO ini. Jangan sampai dah kena banned, segala usaha jadi sia-sia.
kata kunci biasanya diboldkan. Kalo sy boldkan dan warnakan dgn warna biru tak peke kata kunci tu?
ReplyDeleteTak mengapa. Dibolehkan. Cuma dapatlah kiranya kalau ianya tidak nampak terlalu berlawanan dan banyak warna, kerana ia akan kelirukan enjin carian. Daripada guna bold .. lebih baik guna strong
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.