As-Salam.
Antara blogger anti kerajaan dengan blogger pro kerajaan. Sengaja HH masukkan sebelah kaki ke dalam dunia politik blog atau mungkin dunia blog politik Malaysia. Terasa ketar walaupun hanya sebelah kaki sahaja masuk. Tak berani nak berkata berlebihan, kerana panas dan bahangnya boleh mencederakan iman dan pegangan. Antara blogger anti kerajaan dengan blogger pro kerajaan - ada persamaan di sebalik perbezaan mereka.

Diulas panjang mungkin risau tersasar bahasa. Mungkin ada kata, alahai raya dah dekat, bolehlah masam muka jadi manis kembali dan salam dihulur tanda kemaafan dipinta. Namun, salah dan silap yang berlaku antara sesama manusia - hanya manusia je yang boleh memaafkan. Hebat manusia ini kan? Diberikan kuasa oleh Allah Taala memberikan maaf agar tidak menghimpun dosa.

Persamaan mereka - cuba memaparkan apa yang mereka katakan inilah bukti, inilah fakta yang sepatutnya masyarakat tahu.

Perbezaan mereka - hanyalah cap dan lambang parti yang mereka dokong dan 'anuti'.

Dalam persamaan dan perbezaan itulah, blog-blog kepunyaan blogger anti kerajaan dengan blogger pro kerajaan bermain kata, bermain baris ayat, disingkap dengan fakta yang hanya mereka lebih faham dari kita yang hanya blogger biasa.

Siapa mereka yang benar? Kadang terkeliru di balik bahasa yang mungkin biasa pada mereka tapi tidak pada kita. Kadang tersalah faham akibat cerita yang mengheret minda kita untuk berfikir terlampau jauh sampaikan beras yang kita makan pun difikirkan banyak akan konspirasinya.

Itulah dunia blogger anti kerajaan dengan blogger pro kerajaan. Kalau kuat minda, cubalah langkah dua kaki.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement