As-Salam.
Ada rakan blogger bertanya, "Bagaimana nak tahu blog kita ada kandungan mantap?" Adakah perlu blog kita punyai isi kandungan sebegitu baik?

Bagi HH, setiap blog dari setiap blogger ada citarasa, mungkin baca di blog A terasa macam makan ais krim perisa vanilla coklat, tapi bila singgah blog B, terasa macam berada di tempat yang busuk. Lain blog lain pengalaman dari berlainan pengunjung.

Memantapkan Blog - hasrulhassan.com

Jadi, ada blogger yang merasa risau andai blognya tidak ada isi kandungan yang baik untuk dipersembahkan kepada pengunjung dan pembaca. Lalu, apa yang diharapkan oleh tuan punya blog tidak kesampaian.

Kandungan blog perlu mantap agar, 
  • membolehkan trafik tinggi
  • menambahkan jaringan kenalan blogger - samada menerusi Fanpage, Google Page, atau followers
  • membolehkan iklan seperti Adsense berdaya saing dan suka dengan blog kita
  • membolehkan platform pengiklanan seperti Advertlets, Nuffnang, Innity dan sebagainya memberikan kita kelebihan disebabkan originaliti dan kandungan blog yang bagus
  • menarik pengunjung menjadi pembaca setia blog
  • menjadi bualan di kalangan blogger disebabkan cara penulisan yang menarik


... dan banyak lagi. Namun, rakan blogger jangan rasa susah hati. Ayam goreng KFC bukan ambik masa sehari dua untuk disukai oleh orang ramai. Malah, mereka pernah digelakkan kerana membawa tepung ayam goreng kepada pengusaha kedai yang jual ayam goreng.

Kata mereka; "Apa ke bodoh aku nak letak tepung kat ayam semata2 nak goreng ayam? Nak buat ayam goreng ..goreng je la ..." ... lebih kurang gitulah.

Maka, sabar, dan tetapkan dengan cara penulisan di blog anda. InsyaAllah, jika bukan hari ini mengiktiraf blog anda punyai kandungan mantap ... esok lusa belum tentu lagi.


6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul...sgt setuju..kalo org tu tak suke..blum tentu tak ada yg sudi...
    maklumlah..sedar blog sendiri mcmana

    ReplyDelete
  2. Terima kasih HH..entry yg sgt berguna..^^,

    ReplyDelete
  3. Kadang-kadang risau juga nak post something. takut orang x nak baca dan meluat nak baca..

    Kena banyak belajar nie..

    Thanks.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum tuan HH,
    Saya suka baca enrty tuan di sebabkan ada isu yg menarik. Isi kandungan blog saya simple je...'short and sharp'! hehe

    ReplyDelete
  5. as salam tuan,
    saya setuju, sbb say pun tulis apa yang saya suka tapi kena ada guide juga jgn sampai org tak suka hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement