As-Salam.
Sesiapa pun tidak mahu berlaku begini, bukan ini yang kita pinta - namun ia boleh berlaku di Ramadan ini, jika diri tak bijak mengurus diri.
Berhatilah di jalanraya, di Ramadan ini, bersahurlah dengan sebaik mungkin, jangan ikut nafsu tetapi ikutlah sunnah yang sebenarnya satu hikmah buat umat muslimim muslimat yang amalkannya.
Sahur, makan banyak, kenyang dan mata boleh jadi mengantuk andai selepas itu kita bergerak dan bertolak ke tempat kerja. Jika sahur diambil secara nafsu, maka nanti akhirnya kerugian kita Ramadan ini hanya kerana nafsu.
Berbukalah dengan kadar yang ada. Andai anda berada di jalanraya, jangan pula terlalu ikut rasa - mahu berbuka segera bersama keluarga. Malang tidak berbau. Dari kegembiraan dicari, nahas pula yang menanti. Bukan ini yang kita pinta, tetapi berhatilah di Ramadan ini.
Ingatlah orang yang anda ingin berbuka bersama di Ramadan ini. Ingatlah bahawa Allah Taala itu suka pada kesederhaan, tidak berlebih dan tidak mengikut nafsu. Belajarlah bersabar.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.