Kurma Madu - Rotab - Yusof Taiyoob
As-Salam.
Kalau masa kecik-kecik ditanya, "apa cita-cita bila besar?" ... ramai antara kita akan berkata, "nak jadi cikgu", "nak jadi doktor", "nak jadi blogger macam Ben Ashaari" - hehehe.... tapi ada tak yang akan kata; "saya nak jadi peniaga kurma" ...

Yusof Taiyoob, satu nama cukup gah, anak-anak kecil pun tahu dan kenal akan nama ini. Bila disebut nama Yusof Taiyoob, mereka akan ingat pada buah kurma yang kita dok makan semasa berbuka puasa. Nama Yusof Taiyoob seolah sinonim dengan bulan Ramadhan di Malaysia, malah di Asia Tenggara. Hebat tak?

Orang tak akan ingat kurma, tapi orang akan ingat Yusof Taiyoob. Inilah dikatakan penjenamaan. Dan pemiliknya ialah Datuk Yusuf Taiyoob, yang berasal dari Georgetown, Pulau Pinang.

Buat blogger, contohi cara Yusof Taiyoob, dia tak perkenalkan kurma, tetapi jenamanya ... dan dari situ, orang dah tahu ..ohh Yusof Taiyoob ini adalah berkaitan dengan kurma. Dan mungkin ramai yang tak tahu, jenis-jenis produk kurma yang dijual oleh Yuta Trading sebenarnya menggunakan nama anak-anak beliau, iaitu Waseem, Safiya dan Safina, yang mungkin pada sesetengah dari kita ingatkan ia sebenarnya jenis buah kurma tersebut.

Yusof Taiyoob bukan terus popular sebagai pembekal kurma, tetapi ambil masa lebih dari 10 tahun untuk menjadikan jenama Yuta atau Yusof Taiyoob ini diangkat sebagai satu produk - satu jenama yang berkaitan dengan kurma.

Arabian Delights - Chocodate - Yusof Taiyoob

Pada masa ini syarikatnya mengedar lebih 10 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safina, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara yang dijual pada harga berpatutan. Malah Yuta Trading ada juga mengedarkan jenis kurma yang eksklusif - seperti Arabian Delights yang cecah sehingga RM50 sekotak.





1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. moga nanti..ingat akak nora..ingat baju kurung tempahan harga murah..hehe..

    tp tgh ni..ingat akak nora..mesti ingat soleh..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement