As-Salam. Ada di antara anda mungkin punyai masalah untuk mendaftarkan akaun Adsense anda. Yelah, siapa yang tak mahu daftar platform pengiklanan Adsense ini, memandangkan ia membayar iklan yang dipaparkan di dalam blog dengan USD. Masyukk tu.... jika kena gayalah. 

Jika bermasalah, anda boleh cuba menggunakan kaedah ini, yang dikatakan dapat membantu mempercepatkan proses anda sebagai blogger mendapat kelulusan segera untuk mengaktifkan akaun Google Adsense anda.

How To Apply Adsense Using Docstoc


Cara Untuk Daftar Google Adsense Menerusi Docstoc

  1. Anda perlu ke Docstoc dan daftar sebagai pengguna. Pendaftaran adalah percuma.
  2. Cari artikel-artikel yang punyai niche atau tema tertentu dalam blog anda, contohnya tutorial tertentu mengenai blog atau widget. 
  3. Salin semua artikel dalam tema serupa ke dalam notepad atau wordpad. Jangan lupa lak untuk salin tajuk artikel atau entri anda itu.
  4. Lepas tu, anda muatnaik artikel yang telah anda salin dalam notepad tersebut ke dalam Docstoc
  5. Anda perlu melakukan proses tersebut sehingga 30 artikel berada di dalam Docstoc
  6. Kemudian, anda apply Adsense menggunakan Docstoc

InsyaAllah, anda akan menerima email daripada pihak Adsense mengesahkan akaun anda telah diaktifkan.

Dah ada akaun dengan Google Adsense, maka bolehlah anda link blog anda dalam blogspot dengan Adsense atau login ke laman Google Adsense untuk mendapatkan kod pengiklanan bagi diletakkan di dalam blog anda.

Oh ya, anda sebenarnya boleh buat duit online dengan Docstoc jika anda memang ada bakat menulis artikel2 tertentu.

Selamat mencuba.

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tuan,ada tak contoh nk copy artikel kat web mane?? nk copy pastu paste kat word saje ke??pastu baru upoad di docstoc??

    ReplyDelete
  2. boleh cari artikel kat freearticles.com ... dulu la ... skang tak pasti. Jangan paste kat word, tetapi menggunakan notepad, atau wordpad ... then baru upload ke docstoc

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement