Subscribe for hasrulhassan.com feed via email
As-Salam.
Subscribe my blog using email - pendekatan yang sangat popular terutama blogger-blogger yang mahu menjana pendapatan dari blognya. Aha ... erkk tak tahu ke? Inilah senjata ampuh buat seorang blogger memasarkan produk dan juga membina kekuatan blognya.

Cuba anda perhatikan bagaimana blog Denaihati boleh berkongsi 'kekayaan' dengan pengunjung blognya? Apa perkara pertama yang bakal anda lihat bila anda klik ke blog Denaihati.com? Tentulah langganan menerusi email!

Kepentingan Subscription via Email Dalam Blog

Tapi, itu bukan sahaja kepentingannya. Sebenarnya, subscription via email ini adalah salah satu kaedah untuk seorang blogger mempunyai data mengenai pembaca yang betul-betul membaca blog mereka. Ia juga satu kaedah untuk membentuk komuniti tersendiri, di mana anda sebagai pemilik blog boleh menggunakan pendekatan email untuk memberitahu apa yang sedang berlaku di blog anda - cerita, berita, hebahan, diskaun istimewa, tawaran hebat, kontest dan sebagainya.

Kebaikan buat pengunjung atau pembaca blog ialah; mereka tak perlu untuk ke blog tersebut membaca apa yang telah diterbitkan. Cukup dengan membuka email - setelah mereka melanggan. Malah, anda mungkin menjadi yang pertama mengetahui akan sebarang hebahan atau terbitan terbaru di blog tersebut. Dan ini sangat baik seandainya blog itu sering membuat kontest, giveaway, segmen dan sebagainya.

Kebaikan buat pemilik blog pula ialah, mereka boleh memasarkan produk, membuat pengiklanan mudah dan sebagainya tanpa ada rasa bersalah - kerana mereka bukan mencuri alamat email anda, tetapi anda yang mengizinkan mereka untuk menghantarnya ke alamat email anda yang telah anda berikan. Dan kerana inilah, email seperti ini ditakrifkan sebagai bukan email spam.

Kepentingan Subscription via Email Untuk Blogshop

Bagaimana? Jika anda seorang blogger yang ada blogshop, sila bina komuniti anda dengan menyediakan list pembaca blogshop anda, minta mereka langgan blog anda menerusi email, dan dapatkan email mereka tanpa rasa ragu-ragu dan paksaan.



Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement