As-Salam.
Sebagai seorang blogger, walaupun hanya seorang blogger biasa. Anda tentu mahu blog anda mempunyai pembaca tersendiri. Antara cara untuk mendapatkan pembaca terutama pembaca setia ialah, mengetahui masa yang sesuai untuk terbitkan entri terbaru anda.

Yes, timing is one of the factor to get numerous audience for your blog. Eceh... cakap omputih tu. Memang perlu tahu masa sesuai .... dan salah satu cara untuk tahu masa sesuai menerbitkan entri di blog anda ialah melihat kepada statistik blog, dan lihat juga entri apakah yang sedang berada di dalam blog anda ketika itu.

Anda boleh melihat menerusi statistik Nuffnang anda, atau boleh melihat menerusi graf pengunjung menerusi blogspot anda. Atau boleh menggunakan laman-laman site info yang lain seperti feedburner, histats, Google Analytics dan sebagainya.

Bila dah tahu masa yang sesuai, dan entri jenis bagaimana ... maka jadikan ia satu rutin buat anda mengemaskini blog dan terbitkan entri yang bertema hampir serupa.

Contoh, apabila tengahari .... anda boleh buat entri segmen - kerana kebanyakkan blogger surirumah dah relaks masa ni.

Contoh lagi, apabila dekat-dekat musim cuti, antara jam 4 petang hingga 6 petang, bolehlah buat entri tentang pelancong atau tempat menarik, kerana selalunya masa ini adalah masa santai buat keluarga, yang mahu mencari tempat nak bercuti.

Dan begitulah seterusnya.

Kena tahu masa paling tepat, insyaAllah, entri anda itu akan meletup dan menghasilkan trafik yang banyak.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement