Ustaz tersebut memuji penampilan baru oleh Rozita Che Wan. Sudah memang cantik, terus jadi makin cantik disebabkan mengenakan tudung yang labuh sehingga menutupi dada. Dan kata Ustaz itu, menurut isteri saya .. takkan hilang kecantikan seorang perempuan kerana dia memilih untuk bertudung dan menjaga auratnya.
Mengapa Wanita Cantik Perlu Bertudung Labuh?
Saya bukanlah mahu mengangkat golongan selebriti ini. Tetapi hakikatnya, takkan jatuh cela pun andai seorang wanita itu bertudung, apatah lagi bertudung labuh. Islam mensyariatkan pemakaian sebegini kerana nilai diri seorang wanita itu terlalu tinggi, dan terhormat. Wanitalah yang melahirkan kita sebagai seorang ibu. Dan ibu diangkat dalam Islam setinggi martabat sehingga syurga anak disebut berada di bawah telapak kaki seorang ibu.
Kelebihan Bertudung Labuh
Jom lihat infografik ini. Saya pasti ramai yang dah pernah tengok dan lihat, jika ya, anggaplah sahaja sebagai ingatan. Lagipun, post ini adalah post kemaskini (recycle) setiap tahun. Mari lihat kelebihan-kelebihan menjadi seorang wanita yang bertudung labuh.Manisnya awek ni ... huhuhuhuhu...... banyak kan kelebihan mengenakan tudung labuh ni? In Sha Allah, moga anda yang membaca boleh dapat sesuatu darinya.
Setuju... dengan penulisan ini...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.