As-Salam.
Haa... terima email dari Nuffnang. Nuffnang sekat cek kepada blogger - khusus buat mereka yang tak kemas-kini ruangan profile dan alamat penghantaran cek. Untuk info, mana-mana Nuffnanger yang tidak menulis dengan betul nama sebenar seperti dalam kad pengenalan, mereka mungkin akan disekat untuk menerima cek tersebut daripada Nuffnang.
Nama anda perlu diisi dengan lengkap termasuk bin/binti supaya nanti tidak menerima peringatan seperti yang HH dapat ini:
Walaupun nilai cek tak seberapa, tetapi dek kerana ini ... akan timbul masalah apabila mahu menunaikan cek. Yelah, ada sesetengah bank yang agak cerewet tentang nama yang tertulis di cek dengan nama yang ada dalam buku akaun kita. Hatta ianya merupakan kesalahan kecil - pada pandangan mata kasar kita.
Makanya, pastikan nama anda telah disemak di akaun Nuffnang anda, agar tidak beroleh sebarang masalah apabila anda mahu mendapatkan cek menerusi pendapatan pengiklanan dengan Nuffnang.
Jangan jadi macam HH ni, dah kena suspected nama tak lengkap ... huhuhuhu udah kena tunggu lagi sebulan la gamaknya nak dapatkan cek yang ciput tu.
Ingat tu. Sila login ke akaun Nuffnang dan buat perubahan serta pindaan yang perlu. Anda perlu menghantar tiket kepada bahagian teknikal untuk menukar nama yang perlu ditulis di atas cek. Jangan nanti Nuffnang sekat cek kepada blogger seperti anda.
Harap maklum.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.