As-Salam.
Ramai kata kalau nak buat pengunjung suka dengan entri kita, blogger mestilah menulis dengan ikhlas ... mesti tulis dari hati. Hmmm ... macam mana tu? HH fikir-fikir gak bagaimana nak menyuruh hati menulis. Susah sebenarnya ... ehhhh senang rupanya. Ikuti panduan ini, insyaAllah, anda akan tahu apa itu menulis dengan hati - Tulis Dari Hati Tapi Bukan Beremosi.
Jangan fikir panjang sangat. Guna papan kekunci, terus buat new entry. Tulis semua perkara yang anda mahu luahkan, berterabur pun tak mengapa .... luah dan luah semahu anda, panjang atau pendek bergantung dengan isi hati anda yang meluahkan.
Setiap kata yang tercipta di minda dan hati, terus je anda tulis. Ibarat anda sedang berkata dengan lidah anda. Tanpa noktah.
Dah selesai anda luahkan apa yang anda mahu luahkan.... barulah anda lihat semula penulisan entri anda itu dari awal sampai habis. Adakah kena dengan maksud yang ingin anda sampaikan?
Lihat ayat demi ayat, baris demi baris, perenggan demi perenggan. Mana nampak tak sesuai, anda buang atau tukar dengan ayat lain.
Kali ini, guna akal anda, guna pemahaman anda, guna budi bicara anda.
Selalunya lepas anda meluahkan, anda akan rasa lega. Dan bila anda baca balik, anda akan terfikirkan akan buruk dan baiknya entri anda itu.
Maka, tentu ada ayat yang anda buang, baris yang anda tak berapa nak seronok, dan perenggan yang anda akan pendekkan.
Bukan semua orang suka dengan luahan kita - walaupun ia menulis dari hati. Bijak bicara tak tentu lagi bijak menulis. Jadi, edit dan semak, kemudian barulah anda terbitkan di blog.
Inilah dikatakan menulis dengan hati.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.