As-Salam.
Betul, memang seronok melihat trafik blog dari sehari ke sehari semakin bertambah. Bermula dari 10, menjadi 100, kemudian 500 ... kemudian bertambah menjadi ribuan sehari.  Tetapi, seandainya trafik tinggi itu hanyalah sekadar kuantiti, apalah gunanya?

Adalah lebih baik, lebih membanggakan jika trafik yang ribuan itu merupakan trafik berkualiti. Maka istilah trafik tinggi tiada guna mungkin boleh ditolak tepi. Apakah yang dimaksudkan dengan trafik berkualiti ini?

Secara amnya, HH berpendapat kalau sesuatu blog itu menerima trafik yang konstan, tak naik tak turun, ini mungkin menandakan bahawa blog itu mempunyai trafik yang berkualiti. Ini adalah kerana, info dan maklumat yang disampaikan dan dikongsikan sudah ada pembaca sendiri yang memang merujuk kepada isi kandungan blog itu secara spesifik, dan bukan hanya datang hanya sesuatu topik atau cerita sensasi.

Metafora Trafik Tinggi Tiada Guna

Bayangkan, sebuah pusat membeli belah, dalam satu hari, ia buat satu jualan murah atau jualan penghabisan stok. Yang datang, memang ramai .... berpusu-pusu orang ramai datang masuk ke pusat membeli belah tu. Tetapi, lihat pula hari yang lain .... pusat membeli belah tu dah jadi macam rumah hantu lagaknya. Yang datang untuk jualan murah tu pula, mungkin sekadar windows shopping tanpa beli apa-apa .. rugi kan?

Dan lihat pula sebuah kedai runcit biasa di kampung. Tak ada jualan murah pun, tetapi hari-hari akan ada pengunjung, akan ada pembeli setia. Malah, interaksi antara pembeli kedai tu dengan pemilik kedai lebih mesra, lebih akrab, dan kunjungan orang bukan hanya nak lihat-lihat, tetapi menjadi pembeli setia, hampir setiap hari.

Inilah yang HH maksudkan dengan kualiti trafik. Ianya lebih baik daripada kuantiti yang hadir sesekali dek kerana satu-satu sebab yang mungkin adakalanya tidak sedikit pun memberi sebarang untung kepada blog, hanya sekadar nombor berkedip di tepian.


8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. btul tu HH..trafik sy bese je sehari.hihi..tp notice jgk skrg ni klu x de entry masih ad plawat..cume qty x sebyk bile up entry la..

    ReplyDelete
  2. Wahh cik May tgk blog ni kat handphone mahal ehhh ... :) hebatlah cik May ni ... HH gak guna pc lapok .. hehehehe <-- kuar topik lak.

    ReplyDelete
  3. trafik sy tak gempak langsung... tp, still ade yg datang lah walaupun tak update...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/visit-to-taiping-kisah-bermula.html

    ReplyDelete
  4. taktau nak komen mcm mana erkkk....CiM jarang perhatikan trafic sbb menulis sekadar suka2, just nak share sbb family CiM, kawan2 CiM, sumer duk jauh2. so CiM suka tulis blog utk share dgn diorg & nak bg tau diorg apa yg terjadi pd CiM, apa yg dlm hati CiM...

    ReplyDelete
  5. Nice info bro, trafik aku pun biasa je..tapi adalah peningkatan dari hari ke hari,paling aku perasan kalo ujung minggu kompom merundum sikit..hahahaha ujung2 minggu blogger kurang aktip kot,spend time lebih skit dgn family

    ReplyDelete
  6. entry kita pon kena jaga, jgn sebarkan auta.. :)

    ReplyDelete
  7. info yg menarik..baru faham..kena pandai tarik seseorg repeat ke blog kita, mcm akk yg selalu ke blog HH ni..kan kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement