As-Salam.
Jawapannya - Boleh, boleh tukar nama blog sesuka hati, tetapi ... aha .. ada tetapinya, apabila blog bertukar nama, apatah lagi url blog tersebut, ia akan kehilangan beberapa perkara, lebih-lebih lagi jika guna blogspot, iaitu:
followers akan jadi kosongpageviews akan jadi kosong kembali- kena buat proses pemantapan SEO semula
- mungkin ada entri yang akan hilang atau tidak dapat dijejaki enjin carian
- entri mungkin dikelirukan sebab penukaran url atau nama blog, dan ini tidak bagus untuk blog sedia ada
- anda mungkin akan kehilangan pembaca setia blog anda
Tetapi andainya anda sekadar tukar nama blog, dan tidak mengubah url atau alamat blog anda, maka tidak mengapa ... cuma nanti jadi kelirulah sikit - samada pembaca mahupun enjin carian. Contoh, url blog anda sama- http://www.hasrulhassan.com ... dari tajuk atau nama blog Lensahasrul menjadi Panduan Menulis Blog atau hasrulhassan.com ... mungkin pengunjung akan ingat mereka tersalah masuk blog dari penulis yang sama.
Jadi, apa caranya? Tiada yang lain, hanyalah buat blog baru jika mahu melibatkan penukaran url atau alamat blog.
Oh ya, mungkin .... anda boleh membeli nama domain, guna nama domain paling sesuai dengan isi kandungan blog anda, dan kemudian redirect balik blogspot anda ke nama domain itu. InsyaAllah ... ini mungkin antara jalan penyelesaian terbaik untuk perkara-perkara yang mungkin anda hilang seperti mana HH sebutkan di awal entri ini.
Terima kasih kerana membaca. Dan selamat mencuba - jika mahulah.
o... macamtu... mmg dh serik tukar domain
BalasPadameh, dah baca n3 ni rupanya.. dah tukar domainn mmg Eidzil buat redirect ke url lama. so, mmg xde masalah ^__^
BalasPadamhaha... kali ke 4 baca entri sifu yg 1 ni. Cari 'blog Eidzil' nk wat n3 seminar, entri ni duduk di 1st page rank ke 2 tu... pehhhhhh... SEO Serp gilerrrr... Thumbs up to sifu HH ^___^
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.