As-Salam. Agak terkejut sebenarnya, apabila kebanyakkan laman blog politik, khasnya yang pro-kerajaan memaparkan kisah ini. Adakah benar Dato' Seri Anwar Ibrahim telah membuat satu perutusan khas sempena Aidilfitri 2012 memohon maaf kepada Dato' Seri Najib Tun Razak - Perdana Menteri Malaysia?
Dunia blog Malaysia - khususnya blog-blog politik sedang hangat memperkatakan soal ini. Anda boleh Google sendiri dan baca, HH tak mahulah tukar blog www.hasrulhassan.com ini menjadi blog politik pulak kan ... huhuhu....
Pelik bin ajaib, apabila seorang ketua pembangkang yang keras-keras menentang urus tadbir oleh kerajaan, secara tiba-tiba membuat pengakuan ini ... yang bila HH baca, memang macam ehh betul ke?
Ianya berlaku sebaik sahaja Dato' Seri Anwar Ibrahim menamatkan sessi borak di Google Hangout.
Dan ..... selang beberapa jam selepas itu, satu posting terbaru telah dikeluarkan di blog Dato' Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan perkara yang berlaku.
Blog Dato Seri Anwar Ibrahim digodam.
So, ok. Tamat cerita. Begitulah mainan politik Malaysia. Sana-sini bermacam cara dilakukan. Anda sebagai pengguna internet perlu awas dan hati-hati agar jangan sampai terpengaruh dengan mudahnya dengan setiap perkhabaran yang dibawakan dalam blog-blog politik ini.
Jangan sampai anda terlalu naif tidak tahu, tetapi cubalah ambil tahu agar tidak jadi mangsa kepada perkara-perkara fitnah dan tidak baik yang banyak terdapat dalam blog-blog bergenre politik ini.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.