As-Salam. Dalam kategori blog, blog yang perlu sentiasa kemas-kini, perlu sentiasa update lebih kerap daripada biasa, responsif ialah ... blog niaga atau blogshop. Blog niaga adalah jenis blog yang paling perlu kerap dikemaskini agar memudahkan pengunjung dan juga bakal pembeli.
Blog niaga perlu bersaing .. dan cara terbaik untuk blog niaga bersaing dan berjaya dalam persaingan di dalam perniagaan dunia maya ini adalah dengan sentiasa kemas kini entri produk yang dijual. Bukan setakat memaparkan produk terbaru, tetapi juga untuk memaklumkan akan stok produk, pembelian produk dan sebagainya.
Ini perlu agar pengunjung yang bakal menjadi pembeli sentiasa yakin dengan keupayaan pemilik blogshop menyelenggara dan mengemaskini informasi berkaitan.
Tentu haru biru dan buat pembeli di blogshop tertanya-tanya andai tiada kemas kini dilakukan apabila sesuatu produk itu dibeli. Blog niaga perlu tampak menyakinkan dan bukan sekadar blog niaga yang mahu melepaskan batok di tangga.
Kemaskini 3 Kali Sehari
Lakukan paling kurang 3 kemaskini sehari, iaitu pada pagi, petang dan malam .... iaitu waktu produk baru ingin dipasarkan (pagi), waktu produk itu berada di dalam stok atau sedang diurusniagakan (petang) dan malam ... sebagai entri tutup kedai - jumlah jualan, stok yang ada, pembayaran yang dah dibuat, penghantaran dan sebagainya.
Dengan cara ini, para pengunjung dan singgah ke blogshop akan nampak aktiviti yang dijalankan ... ibarat macam kita lihat sebuah kedai itu sibuk .. atau pasaraya .. sibuk dengan aktiviti... kalau kosong dan lengang..tentu anda pun tak mahu masuk kedai tu lagi ..kan kan?
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.