As-Salam. Bagi HH, blogger yang menulis perkara peribadi lebih merdeka daripada blogger yang lain. Kerana apa? Sebab mereka menulis mengenai diri mereka, tak pening nak fikir pasal trafik, tak perlu runsing pun kalau blog kurang pembaca, sebab mereka menulis atas sebab mereka suka menulis dan berkongsi.
Yang lain, mungkin sedikit ralit bila blog tak ada berganjak trafik dari semalam. Gusar dan risau. Bila buat posting baru, atau entri baru ..sentiasa dok fikir .... ohhh macam mana nak buat tajuk sensasi, macam mana nak dapatkan penaja atau pengiklan, macam mana nak buat orang klik iklan dalam blog ...aishhh macam-macamlah ....
HH sendiri rasa yang blog HH tidak semerdeka blogger lain. Sentiasa perlu ikut citarasa orang lain .... hmm ... mahu blog sentiasa ada trafik yang bukan sedikit. Terikut tajuk sensasi sana sini ... gara-gara mahu trafik tinggi ... mahu orang pandang blog ini untuk iklan dan macam-macam.
Blogger yang tidak pernah merdeka ....
tapi ada manfaat kepada orang lain. HH patut berbangga ;)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.