As-Salam. Pendakwah bebas bertauliah dan pengacara serta selebriti yang diminati ramai di saluran TV Al Hijrah, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid telah selamat menikahi Husna Zahry Rafie, seorang pelajar perubatan di Universiti Kaherah, Mesir pada 23 Ogos 2012 di Pulau Pinang,.
Ustaz Don Daniyal menjadi popular setelah menjadi antara penceramah yang digemari ramai menerusi rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don di TV Al Hijrah. Dengan loghat utara, Ustaz Don telah berjaya menambat hati bukan sekadar penonton yang lebih dewasa tetapi juga golongan remaja.
Majlis keraian dan menyambut menantu akan diadakan pada 25 Ogos - sebelah pengantin perempuan, dan 1 September di sebelah Ustaz Don Daniyal di Kajang.
Foto Pernikahan Ustaz Don Daniyal - Husna Zahry Rafie
Tahniah HH ucapkan kepada Ustaz Don Daniyal dan pasangannya Husna, semoga pasangan berbahagia dan dirahmati hendaknya. Hmm .. hensem ohhh Ustaz Don Daniyal, gaya model yang membuat mak-mak dara kini kempunan nak menantukan Ustaz Don ... hehhehehe...
Oh ya, Ustaz Don Daniyal juga seorang blogger, anda boleh tengok blognya di sini: Blog Ustaz Don Daniyal
Husna pun pandai bergaya juga macam Ustaz Don Daniyal ni ... HH kongsikan sekeping gambar Husna - isteri Don Daniyal kepada anda semua ....
Foto Husna Zahry Rafie - Isteri Ustaz Don Daniyal
Kredit Foto: Facebook Husna Zahry Rafie
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.