As-Salam. Ada rakan blogger berpendapat, kalau blog tu ramai followers, tentu ranking blog tu sangat hebat. Hmm ... sangkaan tersebut adalah salah sama sekali. Pertama sekali, HH nak katakan bahawa jumlah followers blog tiada kesan langsung dengan ranking Alexa. Alexa tak ambil peduli berapa juta followers yang ada pada blog anda.
Namun, kalau anda mahu menjadi 'bintang' di kalangan blog yang ramai followers, uhh itu lainlah. Ada kelebihan juga bila blog ramai followers ni, tetapi HH tegaskan ianya tidak berikan sebarang kesan pada ranking Alexa mahupun Google Pagerank (PR) secara khusus.
Followers mungkin ramai, tetapi bukan semua followers memberikan trafik kepada blog. Apatah lagi kepada SEO untuk ranking dan pagerank. Banyak backlink sekalipun andai ianya kurang kualiti, ia tidak dapat memajukan blog itu secara berterusan..... yang maju mungkin blogger itu yang jadi terkenal dan famous sampai jadi selebriti dan sebagainya.
Namun, bagi blogger yang ingin lari daripada glamour tetapi lebih mengutamakan penyampaian isi kandungan bermutu blognya kepada seluruh alam dunia siber, maka penting untuk melihat keupayaan blognya untuk SEO, dan ranking Alexa dan Pagerank ini.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.