As-Salam. Amalan biasa .... setiap kali lepas musim cuti perayaan ... selepas je hari raya, akan ramailah pengguna Facebook yang memuat-naik gambar dan foto mereka berhari raya. Paling ramai yang akan buat ialah anak-anak gadis yang ingin pamer kecantikkan baju raya mereka yang penuh glamour.
Yelah, nama pun anak dara, remaja ...kecantikkan pada peringkat ini amat dititikberatkan, penting buat mereka untuk kelihatan cantik. Dan paling penting, cantik itu perlu mendapat pujian. Cara paling mudah ialah dengan muat naik gambar cun, ala gedik-gedik ke laman mukabuku .... mengharapkan lebih LIKE dari mata yang melihat.
Lagi banyak LIKE lagi mereka suka, dan mungkin ada yang berani, muat naik foto gambar raya yang ... perghhhh ..... seksi meksi .... yang nampak lurah dan bonjolan .... sehingga ada mata yang tersembul dan tidak berkedip.... hahahhaaa.....
Bukan di Facebook atau laman sosial sahaja, malah blog pun menjadi antara tempat untuk pamerkan 'kecantikkan' pakaian di hari raya. Yang lelaki .... mungkin tak banyak sbb baju mereka sama je ..... Yang anak dara gadis ni ...macam-macam fesyen dan gaya ada. Macam-macam angle shot ... sampai fotographer pun angkat tangan tanda mengalah dengan posing yang mereka berikan.
biasa la tu... Nak lakukan diri...hahahancur
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.