As-Salam. Pendek sahaja tulisan si empunya blog, adakala macam tak puas je baca, mesti nak tunggu kisah dan cerita seterusnya. Haa ..itulah teknik namanya, teknik kena tahu agar pengunjung yang hadir akan terus datang dan singgah di lain masa. Dan mana tahu, mereka akan bookmark blog anda dek kerana kisah dan entri pendek yang masih menunggu untuk dihabiskan.
Entri pendek kadangkala bagus untuk membolehkan blog anda sentiasa dikunjungi. Entri yang terlalu panjang pula kadangkala takut akan merimaskan pengunjung dan buat pembaca rasa jemu. Silap-silap di pertengahan entri mereka dah blah dan klik pangkah.
Tetapi, bukan mudah nak buat entri pendek ni, kena bijak agar ada sedikit rasa kepuasan di sebalik entri yang belum bernoktah tamat. Teknik seperti ini ibarat cuba memukau pembaca agar untuk terus mengetahui akan kisah selanjutnya.
HH tengok ramai je blogger yang mungkin kesibukan dan kekurangan masa membuat entri seperti ini. Adakala cuma gambar, tanpa baris ayat. Masih, ada yang ingin tahu dengan meninggalkan komen tentang apa yang berlaku. Dan pemilik blog dengan bijaknya, cuba buat teaser akan meluapkan rasa ingin tahu akan kisah selanjutnya.
Kredit Foto: Ikan Biru Photography
*p.s: Gambar sekadar hiasan je ... nak promot tu photog berbakat ...
Pendek dan padat dengan info dan apa salahnya dan sentiasa memberi pengunjung selesa.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.