As-Salam. Pihak HH ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung dan pembaca blog ini. Maaf zahir dan batin andai HH ada buat salah dan silap dalam menerbitkan entri di dalam blog ini.
Maafkan HH andai blog ini cuba menagih simpati anda untuk dikunjungi setiap hari. Maafkan HH andai blog ini tidak membawa sebarang manfaat buat anda, maafkan HH jika ada entri yang buat anda meluat pada blog ini.
Di hari baik dan di dalam bulan baik ini, HH sekali lagi ingin menghulurkan salam kemaafan buat semua. Terima kasih banyak-banyak kerana terus menyokong blog ini samada secara nampak mahupun tidak nampak.
Dan sebelum itu, andai anda punyai hati ... berilah bantuan kepada adik Soleh yang menderita kanser - anak rakan blogger, dan juga memberikan perhatian dan keprihatinan kepada blogger Jejai yang juga menderita penyakit kanser. Semoga kedua-dua mereka ini tambah dalam hadapi hari-hari mendatang.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.