As-Salam. Mana-mana bahan pengiklanan, seandainya tidak ditapis, ia akan memberikan gambaran buruk kepada penampilan dan kredibiliti blog anda. Sebagai blogger, anda punyai tanggungjawab untuk memastikan iklan-iklan yang terpapar di dalam blog anda itu adalah iklan yang sesuai ditatap dan dibaca, lalu relevan dengan tema serta isi kandungan keseluruhan blog anda.
Medium pengiklanan di blog sebenarnya memberikan kemudahan dan platform untuk para blogger memilih dan menyekat iklan-iklan yang difikirkan tidak sesuai. Contohnya, iklan arak dan rokok .... anda boleh sekat iklan tersebut dari keluar di blog anda, dengan tidak memilih bahan-bahan pengiklanan berkaitan mengenai perkara tersebut.
Begitu juga dengan seks serta perkara yang menyentuh soal agama, anda perlu prihatin dengan iklan-iklan yang keluar secara automatik ini di blog anda. Jangan sampai blog anda menjadi penyumbang kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan boleh dielakkan.
Tips Iklan Adsense - Sekat Iklan Unsur Agama dan Seks
Jika anda mempunyai akaun Google Adsense dan menggunakan kod Adsense untuk memaparkan iklan di dalam blog anda, seperti yang HH lakukan untuk blog ini ... anda sebenarnya boleh menyekat url atau alamat link iklan-iklan tertentu dari terus dipaparkan di blog; terutama yang menyentuh sensitiviti agama dan budaya.
Untuk iklan Adsense, anda perlu login ke akaun anda, dan pilih menu Allow and Block Ads; di situ anda boleh memasukkan url iklan-iklan yang dirasakan tidak sesuai setelah anda atau mungkin pengunjung blog anda kenal pasti sedang berlegar atau dipaparkan di blog.
Anda juga boleh memilih untuk tidak menyiarkan iklan-iklan daripada sumber-sumber Google Adsense yang lain dengan memilih Blocking Option yang terdapat dalam penetapan iklan Google Adsense.
Jadilah seorang blogger yang prihatin dengan iklan, dan bukannya dok mikir soal duit dari blog semata-mata!
*p.s: Terima kasih kepada pemilik blog sentuhanmaya.com kerana memberitahu ....
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.