As-Salam. Raya Aidilfitri 2012 semakin hampir, dan HH ingin sekali kongsikan satu perkara ini, yelah beringat sebelum nanti pecah perut ..... iaitu petua dan tips makan ketika berhari raya. Bukan apa, dalam syok2 nak berhari raya dengan pakaian baru seaneka bagai, tetiba jadi terencat kerana adab dan cara kita makan di hari raya yang tidak betul.
Orang lain syok jalan sana-sini, kita lak .. dok berulang ke jamban .. aha .. tak ke haru biru coklat nanti.
Tips Makan Di Aidilfitri
1.
Jangan makan terlalu banyak di pagi raya untuk mengelakkan gangguan
pencernaan. Perut kita sudah lama tidak proses makanan di waktu siang
hari jangan buat dia terperanjat. Perut kita juga telah biasa makan
makanan secukupnya (pada waktu sahur dan buka puasa). Gangguan
pencernaan yang sering terjadi ialah mual dan muntah serta sakit perut
juga pedih ulu hati.
2. Jangan banyak minum air bergas, lebihkan minum air masak.
3.
Jangan makan kuih berlebihan kerana kuih kita biasanya rasa manis yang
melampau yang boleh membuatkan penyakit diabetis. Kuih raya juga banyak
dibuat dari mentega yang membawa lemak. Jangan sampai tak muat seluar
selepas hari raya nanti.
4. Jaga makanan seimbang, jangan dilupa makanan berserat seperti buah-buahan.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.