As-Salam. Apabila anda sendiri, sebagai blogger dok sibuk sakan beraya dengan keluarga, tentu sekali anda tiada kelapangan untuk update blog anda sepanjang seminggu (kalau HH) berhari raya Aidilfitri 2012 ini. Bagi sesetengah blogger, apabila blog tiada pengunjung, akan jadi kesusahan di hati. Mana tidaknya, blog perlu ada trafik walaupun sedikit.
Mengapa perlunya trafik sedangkan semua orang dok sakan beraya? Hmm ... itu yang apa ada di dalam fikiran kita, tetapi buat blogger yang mahu menjana pendapatan menerusi blog, iklan-iklan yang ada semasa raya adalah iklan-iklan yang pasti akan berkaitan soal raya. Itu potensi untuk meraih duit raya ...hehehe
Jadi, kata kunci popular untuk hari raya mestilah yang ada kaitan soal promosi raya, soal rumah terbuka raya, peta dan laluan mudah ke sesuatu tempat, jualan murah sempena raya .... perkara-perkara ini akan dicari dan serentak pada masa yang sama pula, ada kaitan dengan iklan.
Kata kunci sempena Aidilfitri 2012 mesti selaras dengan iklan-iklan yang sedang rancak kini - iklan dari Nuffnang, dari Advertlets, dari Innity ... malah dari Adsense sendiri. Anda boleh juga selitkan iklan Churp-Churp dan Says.my sebagai alternatif, tetapi kena hati-hati jangan sampai langgar syarat yang telah ditetapkan.
Kata kunci popular (bakal) Aidilfitri 2012 - Intisari rancangan raya, jualan hebat raya, Aidilfitri 2012, rumah terbuka Aidilfitri 2012, Rumah terbuka PM ....
Gunakan kata kunci tersebut dalam entri blog anda ... insyaAllah, sedikit sebanyak akan dapat trafik menerusi pendekatan SEO ini.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.